E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 137 Matriks Dapatan Analisis Tematik Tema Utama Sub-Tema Petikan Temu Bual Interpretasi Kerenah Jemaah Warga emas & literasi rendah “Ramai jemaah tua tanya berulang kali, walaupun sudah diberi taklimat.” (Petugas Haji, T1) Wujud keperluan pendidikan berulang & kesabaran petugas. Disiplin & masa Birokrasi Visa & dokumen “Proses visa kadang-kadang lambat, kami terpaksa ubah jadual.” (Petugas Haji, T3) Birokrasi antarabangsa melambatkan operasi haji. Kerjasama agensi asing “Peraturan Arab Saudi berubah- ubah, jadi perlu cepat adaptasi.” (Pengurus Haji, T4) Pentingnya jaringan diplomatik & fleksibiliti pengurusan. Teknologi & Komunikasi Jurang digital “Saya tak pandai guna apps, jadi kena minta anak bantu.” (Jemaah, J1) Wujud jurang literasi digital, terutamanya dalam kalangan warga emas. Arahan komunikasi “Kadang arahan tidak sampai seragam, jadi jemaah keliru.” (Petugas Haji, T5) Perlunya standardisasi komunikasi antara petugas. Jadual 1. Matriks Analisis Tematik Cabaran Haji Petikan Temu Bual (Kualitatif) Seorang petugas haji (T1) menyatakan bahawa “Ramai jemaah warga emas tanya soalan sama berulang kali walaupun sudah diberi taklimat. Kami kena banyak bersabar dan ulang penerangan.” Petikan ini menggambarkan bahawa tahap literasi agama dan daya ingatan warga emas menuntut petugas bersikap sabar serta sentiasa mengulangi penerangan agar arahan difahami dengan baik. Seorang lagi petugas (T2) pula menyatakan bahawa “Ada jemaah yang suka ikut jadual sendiri, tak datang tepat waktu berkumpul, menyebabkan kelewatan perjalanan bas.” Kenyataan ini menunjukkan isu disiplin masa dalam kalangan jemaah boleh menjejaskan keseluruhan operasi logistik haji. Menurut Ahmad dan Mokhtar (2019), kelewatan kumpulan kecil jemaah berpotensi memberi kesan rantaian terhadap pergerakan ribuan jemaah lain, justeru memerlukan sistem kawalan masa yang lebih tegas. Dari sudut birokrasi, seorang pengurus haji (T4) menjelaskan bahawa “Peraturan Arab Saudi sering berubah saat akhir, jadi kita kena cepat adaptasi dan sesuaikan dengan keadaan.” Petikan ini memperlihatkan bahawa perubahan dasar antarabangsa merupakan faktor luaran yang sering memberi cabaran besar kepada pengurusan haji Malaysia. Mohd Ali (2020) menegaskan bahawa birokrasi visa dan kuota merupakan faktor utama yang memerlukan agensi haji sentiasa bersedia dengan pelan kontingensi. Sementara itu, seorang jemaah (J1) turut berkongsi pengalamannya: “Saya kurang pandai guna aplikasi THijari, jadi saya minta anak di Malaysia tolong uruskan. Kadang saya rasa ketinggalan.” Petikan ini membuktikan wujudnya jurang teknologi dalam kalangan warga emas yang menyebabkan mereka berasa tersisih daripada arus digitalisasi. Salleh dan Ismail (2021) menyatakan bahawa jurang literasi digital memberi kesan kepada keberkesanan digitalisasi haji. Petikan-petikan temubual dan situasi ini selaras dengan firman Allah SWT yang mengajak untuk mengamalkan sikap sabar kerana dalam kesukaran pasti ada kemudahan sebagaimana FirmanNya: ِن مَعَ الْعُسْرِ يُسْ ارا فَإ • ِن مَعَ الْعُسْرِ يُسْ ارا إ “Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, 94:6) Ayat ini memberi isyarat bahawa kesukaran dalam pengurusan haji merupakan ujian yang boleh diatasi dengan kesabaran, kesungguhan, dan ikhtiar inovatif.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=