E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 136 عَمِيق ِ ل فَ ج ِِ ُ يَأْتِينَ مِنْ ك ِ ل ضَامِر ِِ ُ ا وَعَلََى ك ِالْحَ جِ يَأْتُوكَ رِجَا ال وَأَذِ نْ فِي الناسِ ب “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh.” (Surah al-Hajj, 22:27) Ayat ini menggambarkan kepelbagaian umat Islam yang hadir untuk menunaikan haji, yang pada masa sama menuntut kesabaran tinggi dalam pengurusan. Kajian Ahmad dan Mokhtar (2019) menunjukkan bahawa jemaah Malaysia berusia lanjut sering menghadapi kesukaran memahami taklimat, sekali gus memerlukan pendekatan pedagogi mesra warga emas. Hal ini mengesahkan bahawa kerenah jemaah merupakan cabaran berulang yang memerlukan kesabaran dan strategi komunikasi berkesan. Birokrasi Antarabangsa Selain kerenah jemaah, birokrasi antarabangsa menjadi faktor yang paling mencabar dalam pengurusan haji. Proses kelulusan visa, penetapan kuota jemaah, dan perubahan polisi kesihatan sering berlaku secara mendadak, menyebabkan Tabung Haji perlu menyesuaikan perancangan operasi pada saat akhir. Firman Allah SWT memberi peringatan: ِينَ ِر ِن اللَ مَعَ الصاب ۚ إ ِ ِرُوا ۖ وَاصْب ِ ْ ِيحُكُم اَ تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ ر وَأَطِيعُوا اللَ وَرَسُولَهُ وَل “Dan taatilah Allah dan Rasul -Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi lemah dan hilang kekuatanmu; dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, 8:46) Ayat ini menekankan kepentingan kesabaran dan kerjasama ketika berdepan dengan cabaran yang boleh melemahkan organisasi. Kajian Mohd Ali (2020) dalam tesis sarjananya menunjukkan bahawa isu birokrasi antarabangsa, khususnya dalam urusan visa, merupakan faktor utama kelewatan keberangkatan jemaah. Sementara itu, Khan (2022) menegaskan bahawa birokrasi rentas negara turut dihadapi oleh Indonesia, Turki, dan Pakistan, membuktikan isu ini bersifat global. Jurang Teknologi & Komunikasi Kajian ini juga mendapati bahawa jurang teknologi masih menjadi cabaran ketara, terutamanya dalam kalangan jemaah warga emas yang kurang mahir menggunakan aplikasi digital seperti TH Tijari . Hal ini menyukarkan pengurusan maklumat dan mewujudkan rasa keterasingan dalam kalangan mereka. Rasulullah SAW bersabda: ُ ِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَ الا أَنْ يُتْقِنَه ِن اللَ يُحِب إ إ “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan penuh ihsan (cemerlang).” (Riwayat al-Baihaqi, no. 5319) Hadis ini memberi isyarat bahawa penggunaan teknologi dalam pengurusan haji wajar dilakukan secara profesional dan sistematik. Namun, untuk mencapai tahap ihsan tersebut, literasi digital dalam kalangan jemaah perlu diperkukuh. Salleh dan Ismail (2021) mendapati bahawa digitalisasi pengurusan haji meningkatkan kecekapan, tetapi keberkesanannya amat bergantung pada tahap literasi digital jemaah. Justeru, modul latihan digital yang inklusif perlu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kursus manasik haji.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=