E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 135 peserta ( member checking ) turut dilaksanakan bagi mengurangkan bias dan salah tafsir (Nowell et al., 2017). Hadis Rasulullah SAW mengingatkan tentang amanah dalam penyelidikan: ِ أَ ِِ الْمََْانَةَ د ِلَى مَنِ إ ائْتَمَنَكَ، اَ خَانَكَ مَنْ تَخُنْ وَل “Tunaikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu, dan janganlah mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (Riwayat Abu Dawud, no. 3534) Oleh itu, kebertelusan dijaga melalui memo analitik, audit trail, dan refleksiviti berterusan. PERTIMBANGAN ETIKA Kajian ini dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip etika penyelidikan bagi menjamin integriti dan kebolehpercayaan dapatan. Semua peserta kajian telah diberikan penjelasan mengenai tujuan penyelidikan serta diminta memberikan persetujuan dimaklumkan sebelum data dikumpulkan. Identiti jemaah dan petugas pula dijaga melalui kerahsiaan dan anonimitas, bagi mengelakkan sebarang implikasi negatif terhadap individu yang terlibat. Selain itu, kajian ini turut mematuhi garis panduan penyelidikan yang ditetapkan oleh institusi akademik serta kod etika APA (2017) bagi memastikan semua proses dijalankan dengan adil dan telus. Pertimbangan etika ini bukan sahaja memenuhi standard akademik, malah selaras dengan prinsip syariah yang menekankan amanah dan keadilan, sebagaimana firman Allah SWT: ِن اللَ إ يَأْمُرُكُمْ تُؤَدوا أَنْ الْمََْانَاتِ ِلََى أَهْلِهَا إ ِۖ ِذَا وَإ ِ بَيْنَ حَكَمْتُمْ الناس أَنْ تَحْكُمُوا ِالْعَدْلِ ب “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkan dengan adil.” (Surah al- Nisa’, 4:58) RINGKASANMETODOLOGI Metodologi kajian ini berteraskan pendekatan kualitatif melalui kajian kes, triangulasi data, serta analisis tematik. Reka bentuk ini dipilih untuk memberikan gambaran menyeluruh dan mendalam terhadap cabaran pengurusan haji, serta memastikan dapatan yang sahih, boleh dipercayai, dan ‘transferable’ kepada konteks pengurusan haji di Malaysia. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Analisis data dalam kajian ini dilaksanakan secara analisis tematik (Braun & Clarke, 2006; 2019). Data diperoleh daripada temu bual mendalam bersama petugas dan jemaah, pemerhatian lapangan semasa operasi haji, serta analisis dokumen rasmi Tabung Haji. Proses triangulasi telah dijalankan bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan (Lincoln & Guba, 1985). TEMA UTAMA DAPATAN Tiga tema besar dikenal pasti iaitu: Kerenah Jemaah Cabaran utama yang dihadapi agensi haji ialah kerenah jemaah, khususnya yang datang daripada pelbagai latar belakang umur, tahap pendidikan, dan literasi agama. Sebahagian besar jemaah warga emas memerlukan penerangan berulang kali, malah ada yang sukar mematuhi jadual yang ditetapkan, sehingga menjejaskan kelancaran operasi. Hal ini selari dengan firman Allah SWT:

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=