E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 134 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Tiga kaedah utama digunakan: Temu Bual Mendalam Temu bual dalam kajian ini dijalankan secara separa berstruktur melibatkan petugas haji, jemaah, dan pengurus operasi bagi mendapatkan data yang kaya serta mendalam. Pemilihan responden dibuat melalui kaedah purposive sampling sehingga mencapai tahap ketepuan maklumat, selaras dengan panduan Guest, Namey dan Mitchell (2013) yang menegaskan bahawa ketepuan merupakan syarat penting untuk memastikan kebolehpercayaan dapatan kualitatif. Dalam konteks Islam, temu bual dilihat bukan sekadar instrumen pengumpulan data, bahkan berfungsi sebagai wasilah untuk saling menasihati dan berkongsi pengalaman. Hal ini ditegaskan oleh sabda Rasulullah SAW: ِ ال ِِ ُ دين النصِيحَةُ “Agama itu nasihat.” (Riwayat Muslim, no. 55) Hadis ini menekankan bahawa agama Islam berasaskan prinsip nasihat yang ikhlas, maka proses temu bual juga membawa dimensi nilai rohani, selain dimensi akademik, kerana ia membuka ruang bagi peserta kajian meluahkan pengalaman dengan penuh amanah dan kejujuran. Pemerhatian Lapangan Pemerhatian lapangan telah dijalankan secara langsung semasa operasi haji di Tanah Suci dengan memberi fokus terhadap interaksi antara jemaah dan petugas, aliran logistik, serta tahap penggunaan aplikasi digital. Kaedah ini membolehkan penyelidik menilai realiti pengurusan haji secara kontekstual, sekali gus mengenal pasti isu kritikal yang tidak mudah dikesan melalui temu bual semata-mata. Catatan lapangan direkod secara sistematik bagi mengesan pola dan situasi berulang yang memberi implikasi terhadap kelancaran operasi haji. Pendekatan ini selaras dengan pandangan Spradley (1980) bahawa pemerhatian partisipan merupakan kaedah penting dalam kajian kualitatif untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu fenomena. Analisis Dokumen Selain itu, analisis dokumen turut dijalankan terhadap sumber rasmi Tabung Haji seperti prosedur operasi standard (SOP), garis panduan operasi, laporan tahunan, serta laporan pengalaman jemaah. Analisis dokumen ini memainkan peranan penting sebagai bukti sokongan untuk mengesahkan dapatan temu bual dan pemerhatian, sekali gus memperkukuh proses triangulasi data. Bowen (2009) menegaskan bahawa analisis dokumen dapat memberikan perspektif tambahan serta meningkatkan kesahan data, kerana ia membolehkan penyelidik menghubungkan antara dasar rasmi dengan pelaksanaan sebenar di lapangan. KAEDAH ANALISIS DATA Data dianalisis menggunakan Analisis Tematik oleh Braun dan Clarke (2006; 2019). Proses analisis melibatkan enam fasa: • Membiasakan diri dengan data (transkripsi & pembacaan). • Menjana kod awal. • Mencari tema. • Menyemak tema. • Mentakrif & menamakan tema. • Menghasilkan laporan. Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kesahan dapatan dengan menggabungkan data daripada temu bual, pemerhatian, dan dokumen (Lincoln & Guba, 1985). Semakan rakan penyelidik ( peer debriefing ) dan semakan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=