E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 133 NILAI TASAWUF DALAM PENGURUSAN HAJI Tasawuf merupakan elemen penting dalam menangani cabaran haji. Firman Allah SWT: يَا الذِينَ أَيهَا آمَنُوا اسْتَعِينُوا ِالصبْرِ ب وَالصلًَةِ ِۚ ِن مَعَ اللَ إ ِرِينَ الصاب “Wahai orang -orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, 2:153) Al-Ghazali (2005) dalam Ihya’ Ulum al -Din menekankan maqam sabar sebagai benteng rohani yang melatih hati supaya redha dengan ketentuan Allah. Dalam konteks pengurusan haji, nilai sabar, ikhlas, dan tawakkal sangat diperlukan oleh petugas yang berdepan dengan kerenah jemaah dan tekanan birokrasi. Kajian Hasanah dan Yusuf (2022) mendapati bahawa penghayatan nilai tasawuf meningkatkan empati petugas, mengurangkan konflik, serta memperkukuh etika kerja. Hal ini membuktikan bahawa pengurusan haji tidak boleh hanya berasaskan pengurusan moden semata-mata, tetapi perlu diperkukuh dengan dimensi kerohanian. RINGKASAN SOROTAN LITERATUR Sorotan literatur ini memperlihatkan bahawa cabaran pengurusan haji melibatkan tiga aspek utama: Kerenah jemaah yang berpunca daripada kepelbagaian latar belakang, usia, dan literasi agama. Birokrasi antarabangsa yang sering berubah-ubah dan memerlukan strategi diplomasi yang cekap. Jurang teknologi yang menghalang keberkesanan digitalisasi pengurusan haji. Kesemua cabaran ini menuntut pendekatan bersepadu yang merangkumi tasawuf (sabar, tawakkal, ikhlas), pendidikan berterusan (kursus manasik, literasi digital), serta teknologi moden (aplikasi pintar, kerjasama antarabangsa). METODOLOGI Metodologi kajian ini dirangka untuk memahami secara mendalam cabaran yang dihadapi oleh agensi haji dalam mengurus mehnah jemaah, kerenah birokrasi, serta jurang teknologi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes kerana ia sesuai untuk meneliti fenomena sosial yang kompleks dalam konteks sebenar (Yin, 2018; Stake, 2010). REKA BENTUK KAJIAN Kajian kes membolehkan penyelidik mendalami pengalaman pelbagai pihak yang terlibat dalam pengurusan haji. Firman Allah SWT: ا ِن السمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُل أُوَلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُو ال ۚ إ ِ ِهِ عِلْم اَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ ب وَل “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” (Surah al- Isra’, 17:36) Ayat ini menegaskan pentingnya penelitian berasaskan bukti sebelummembuat kesimpulan. Justeru, pendekatan kualitatif dipilih bagi memberikan ‘ thick description’ (huraian tebal) tentang pengalaman jemaah, petugas, dan pengurus, sekaligus memastikan kajian ini berlandaskan data yang sahih (Creswell & Creswell, 2018).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=