E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 132 kesabaran yang tinggi. Selain itu, kerenah jemaah yang tidak patuh kepada jadual perjalanan sering menjejaskan kelancaran operasi. Misalnya, kelewatan berkumpul untuk menaiki bas ke Arafah menyebabkan gangguan kepada keseluruhan rombongan (Salleh & Ismail, 2021). Keadaan ini membuktikan bahawa pengurusan haji bukan sekadar soal logistik, tetapi turut melibatkan aspek psikologi, disiplin, dan pendidikan berterusan kepada jemaah. BIROKRASI DALAM PENGURUSAN HAJI Birokrasi merupakan salah satu cabaran besar dalam pengurusan haji. Firman Allah SWT: اللَ وَأَطِيعُوا وَرَسُولَهُ اَ وَل تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ ِيحُكُمْ ۖ ر ِ ِرُوا وَاصْب ِۚ ِن مَعَ اللَ إ ِينَ ِر الصاب “Dan taatilah Allah dan Rasul -Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi lemah dan hilang kekuatanmu; dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, 8:46) Ayat ini mengingatkan bahawa perselisihan atau kekangan birokrasi boleh melemahkan organisasi. Mohd Ali (2020) dalam tesis sarjananyamenegaskan bahawa birokrasi rentas negara seperti peraturan visa, kuota, dan syarat keselamatan sering menjadi faktor utama kelewatan operasi haji Malaysia. Perubahan polisi Arab Saudi pada saat akhir, termasuk had umur, prosedur kesihatan, dan sistem e-visa, memerlukan pihak Tabung Haji sentiasa bersedia dengan strategi adaptasi. Kajian antarabangsa oleh Khan (2022) juga menunjukkan bahawa isu birokrasi bukan hanya dialami oleh Malaysia, tetapi turut membabitkan negara-negara lain seperti Indonesia, Turki, dan Pakistan. Walaupun sistem pengurusan mereka berbeza, semua negara berdepan cabaran yang hampir sama dalam rundingan kuota dan penyesuaian polisi. JURANG TEKNOLOGI DALAM KALANGAN JEMAAH Perkembangan teknologi digital telah banyak membantu pengurusan haji. Aplikasi seperti THijari dan sistem e-Hajj memudahkan pendaftaran, bayaran, dan akses maklumat. Namun, wujud jurang digital yang ketara dalam kalangan jemaah, khususnya warga emas. Hadis Nabi SAW menyatakan bahawa: بَابُ لَهُ فُتِحَ مَنْ خَيْر فَلْيَنْتَهِزْهُ، ِنهُ اَ فَإ يَدْرِي ل عَنْهُ يُغْلَقُ مَتَى “Barang siapa yang dimudahkan baginya suatu kebaikan, hendaklah ia memanfaatkannya. kerana ia tidak mengetahui bila pintu itu akan ditutup daripadanya.” (Riwayat al-Tabarani, no. 10424) Hal ini menunjukkan teknologi adalah kemudahan yang wajar dimanfaatkan. Namun, Salleh dan Ismail (2021) menegaskan bahawa ramai jemaah Malaysia masih tidak mahir menggunakan aplikasi digital, menyebabkan mereka bergantung kepada pihak ketiga. Kajian lapangan menunjukkan jemaah berusia 60 tahun ke atas lebih cenderungmenggunakan cara manual. Hal ini bukan sahaja melambatkan proses, malah mewujudkan rasa rendah diri dan keterasingan dalam kalangan jemaah. Tambahan pula, jurang teknologi boleh mengakibatkan salah faham komunikasi antara petugas dan jemaah. Oleh itu, literasi digital asas perlu dijadikan modul wajib dalam kursus persediaan haji, selari dengan saranan World Hajj Research Centre (Khan, 2022).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=