E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 131 sebagai panduan yang lengkap kepada umat Islam. Hadis sahih menyatakan bahawa: ِسْلًَمُ عَلَى خَمْس بُنِيَ الِ : ِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ ِيتَاءِ الزكَاةِ، وَالْحَ ج ِقَامِ الصلًَةِ، وَإ ِلًَ اللُ وَأَن مُحَم ادا رَسُولُ اللِ، وَإ ِلَهَ إ اَ إ شَهَادَةِ أَنْ ل “Islam dibina atas lima perkara: persaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan, dan menunaikan haji bagi sesiapa yang berkemampuan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 8; Muslim, no. 16) Di Malaysia, pengurusan haji diselaraskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan khusus bagi mengurus simpanan, kebajikan, dan operasi jemaah haji. Walaupun mempunyai sistem yang sistematik dan diiktiraf dunia, TH tetap berdepan dengan pelbagai mehnah seperti kerenah jemaah, halangan logistik, serta birokrasi antarabangsa. Hal ini kerana ibadah haji melibatkan pelbagai entiti di peringkat domestik dan luar negara, termasuk kerajaan Arab Saudi yangmenetapkan peraturan kuota, visa, dan keselamatan (Mohd Ali, 2020). Salah satu aspek yang paling ditekankan dalam pengurusan haji ialah kesabaran . Rasulullah SAW bersabda: ِرُ عَلَى أَذَاهُمْ اَ يَصْب اَ يُخَالِطُ الناسَ وَل ِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْ ارا مِنَ الْمُؤْمِنِ الذِي ل الْمُؤْمِنُ الذِي يُخَالِطُ الناسَ وَيَصْب “Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dan tidak sabar atas gangguan mereka.” (Riwayat Ibn Majah, no. 4032) Kesabaran bukan sahaja diperlukan oleh jemaah, tetapi juga oleh para petugas, pengurus, dan semua pihak yang terlibat. Dalam konteks tasawuf, sabar merupakan maqam utama yang menjadi benteng kerohanian untuk menghadapi cabaran hidup (al-Ghazali, 2005). Kajian Hasanah dan Yusuf (2022) mendapati bahawa petugas haji yang menghayati nilai sabar, ikhlas, dan tawakkal lebih berdaya tahan menghadapi tekanan kerja serta mampu meningkatkan kualiti layanan terhadap jemaah. Berdasarkan realiti ini, kertas kerja ini meneliti cabaran utama agensi haji di Malaysia dalam mengurus mehnah jemaah, kerenah birokrasi, serta jurang teknologi, dengan cadangan strategi berasaskan tasawuf, pendidikan, dan teknologi digital. SOROTAN LITERATUR Sorotan literatur bertujuan memberikan gambaran menyeluruh tentang kajian-kajian lampau berkaitan pengurusan haji, cabaran birokrasi, kerenah jemaah, jurang teknologi, serta pendekatan tasawuf dalam menangani tekanan dan ujian. Literatur ini membolehkan penyelidik membina kerangka konseptual yang kukuh, di samping menghubungkan dapatan kajian dengan teori dan amalan semasa. CABARAN KERENAH JEMAAH DAN KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG Ibadah haji melibatkan umat Islam daripada pelbagai negara, bahasa, tahap pendidikan, dan usia. Firman Allah SWT menegaskan kepelbagaian tersebut: ِير خَب ِن اللَ عَلِيم ۚ إ ِ ْ ِن أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللِ أَتْقَاكُم ۚ إ ِ وَأُنْثََى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ِنا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَر يَا أَيهَا الناسُ إ “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.” (Surah al-Hujurat, 49:13) Kepelbagaian ini memberi nilai ukhuwah, tetapi turut mendatangkan cabaran dalam aspek komunikasi, disiplin masa, serta tahap literasi agama. Kajian Ahmad dan Mokhtar (2019) mendapati bahawa dalam kalangan jemaah Malaysia, warga emas sering mengalami kesukaran memahami arahan walaupun selepas mengikuti kursus manasik. Hal ini mengakibatkan berlaku pengulangan penerangan oleh petugas, yang memerlukan tahap

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=