E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 130 CABARAN AGENSI HAJI DALAM MENANGANI MEHNAH DAN KERENAH JEMAAH DAN BIROKRASI Siti Norhana Abu Hamis Universiti Teknologi Malaysia Emel : hana3883@gmail.com, ABSTRAK Pengurusan ibadah haji merupakan suatu amanah besar yang menuntut kecekapan, kesabaran, serta kebijaksanaan daripada agensi berkaitan. Namun, pelaksanaannya tidak terlepas daripada pelbagai cabaran, khususnya mehnah dan kerenah jemaah serta halangan birokrasi yang melibatkan pelbagai pihak. Kertas kerja ini bertujuan meneliti cabaran utama yang dihadapi oleh agensi haji di Malaysia dalam usaha memastikan kelancaran pengurusan ibadah haji. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes, dengan pengumpulan data yang melibatkan temu bual mendalam bersama petugas dan jemaah, pemerhatian lapangan semasa operasi haji, serta analisis dokumen berkaitan pengurusan jemaah haji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran terbesar berpunca daripada kepelbagaian latar belakang jemaah yang memerlukan pendekatan khusus, keterbatasan komunikasi yang berkesan, serta prosedur birokrasi yang kompleks di peringkat domestik dan antarabangsa. Justeru, kertas ini mencadangkan strategi penambahbaikan termasuk penerapan pendidikan berterusan kepada jemaah, pemerkasaan teknologi digital dalam perkhidmatan, dan pengukuhan kerjasama antara agensi di Malaysia dan luar negara. Implikasi kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan pengurusan haji yang lebih sistematik, inklusif, dan mesra jemaah, seterusnya menjamin kelancaran ibadah haji bagi umat Islam di Malaysia Katakunci: Cabaran agensi haji, Mehnah jemaah, Kerenah jemaah, Birokrasi PENDAHULUAN Ibadah haji merupakan kemuncak dalam rukun Islam yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan (istito‘ah). Firman Allah SWT: عَمِيق ِ ل فَ ج ِِ ُ يَأْتِينَ مِنْ ك ِ ل ضَامِر ِِ ُ ا وَعَلََى ك ِالْحَ جِ يَأْتُوكَ رِجَا ال وَأَذِ نْ فِي الناسِ ب “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh.” (Surah al-Hajj, 22:27) ِذْ الْبَيْتَ جَعَلْنَا وَإ ِ مَثَابَةا لِلناس وَأَمْناا مَقَامِ مِنْ وَاتخِذُوا ِبْرَاهِيمَ إ مُصَلًى “Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan rumah ini (Kaabah) sebagai tempat kembali bagi manusia dan tempat yang aman; dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.” (Surah al-Baqarah 2:125) Ayat ini menunjukkan bahawa ibadah haji menghimpunkan umat Islam daripada pelbagai latar belakang, budaya, bahasa, dan tahap kemampuan. Kepelbagaian tersebut memberi nilai ukhuwah yang sangat besar, namun pada masa yang sama mencetuskan cabaran besar kepada pengurusan haji, khususnya dalam mengurus jutaan jemaah yang berkumpul di satu lokasi dan tempoh masa yang terhad (Ahmad & Mokhtar, 2019). Dari perspektif sejarah, Nabi Ibrahim A.S. adalah insan yang pertama menyeru manusia ke Tanah Haram sebagaimana yang diperintahkan Allah. Sementara itu, Rasulullah SAW telah menyempurnakan manasik haji
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=