E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 127 manusia, keadilan mengelakkan penindasan dalam pengurusan ibadah, dan tadbir urus ulil amri memastikan pelaksanaan haji lebih teratur serta sistematik. Kerangka ini sekali gus menunjukkan bahawa ibadah haji bukan sahaja ritual spiritual, tetapi juga manife stasi hubungan erat antara fiqh ibadah dan siyasah syar‘iyyah. Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang tidak hanya berfungsi sebagai ibadah individu (ʿibādāt fardiyyah), tetapi juga sebagai ibadah yang mempunyai dimensi sosial, ekonomi, politik dan antarabangsa. Dari sudut fiqh ibadah, haji menuntut syarat dan rukun tertentu untuk sah pelaksanaannya, manakala dari sudut siyasah syar‘iyyah, pelaksanaan haji memerlukan tadbir urus (tadbīr al - ʿibādah) oleh pihak berautoriti (ulil amri) demi menjamin maslahat umum (maṣlaḥah ʿāmmah). Namun, pelaksanaan haji melibatkan jutaan umat Islam dari pelbagai negara, justeru ia tidak mungkin hanya dikawal oleh individu. Ia menuntut campur tangan siyasah syar‘iyyah, iaitu kuasa pemerintah dalam mengatur ibadah bagi memastikan kemaslahatan bersama. CADANGAN KEPADA PENGURUSAN TABUNG HAJI Berdasarkan dapatan dan analisis, jelas bahawa aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam pengurusan kuota haji bukan sahaja relevan dari sudut teknikal, tetapi juga sejajar dengan prinsip siasah syarʿiyyah yang menuntut tadbir urus berasaskan maslahah, maqasid, dan keadilan. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh pihak Tabung Haji sebagai usaha memperkukuh keberkesanan pengurusan kuota haji, sekaligus memastikan ibadah ini dapat ditunaikan dengan lebih sistematik, telus, dan adil. 1. Pembangunan Sistem AI Menyeluruh untuk Pengurusan Kuota Tabung Haji disarankan membangunkan Integrated AI Hajj Management System yang menggabungkan rekod pendaftaran, data kesihatan, serta maklumat kewangan bakal haji. Sistem ini dapat mempercepat proses pengagihan kuota secara telus, mengurangkan manipulasi, serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Tabung Haji. Dari perspe ktif siasah syarʿiyyah. 2. Penilaian Kesihatan dan Konsep Istitaʿah melalui AI AI boleh dimanfaatkan untuk menilai tahap kesihatan bakal haji secara objektif melalui analisis rekod perubatan, risiko penyakit kronik, dan tahap kecergasan. Hal ini dapat memastikan hanya mereka yang benar- benar istitaʿah dari sudut kesihatan diberi peluang menunaikan haji, sejajar dengan prinsip hifz al-nafs . 3. Penilaian Kewangan yang Adil dan Telus Penggunaan AI dalam menilai kemampuan kewangan bakal haji dapat mengelakkan ketidakadilan, kerana sistem ini boleh mengesan sama ada seseorang benar- benar mempunyai istitaʿah kewangan sebelum diberikan kuota. 4. Menjaga Maslahah Ummah melalui Perancangan Strategik AI dapat digunakan untuk membuat simulasi jangka panjang berkaitan pendaftaran haji, kadar pertumbuhan umat Islam, serta unjuran logistik masa depan. Perancangan strategik ini akan menjaga maslahah ummah dan mengelakkan kerosakan tadbir urus. 5. Audit Syariah Berasaskan Data AI boleh dijadikan sebagai mekanisme audit syariah untuk mengesan ketidakpatuhan dalam pengurusan kuota, sama ada dari sudut ketelusan giliran, keutamaan, atau pengagihan khas. Audit ini menjadi check and balance bagi memastikan amanah dipelihara. 6. Peningkatan Literasi Digital Bakal Haji Tabung Haji juga perlu memperkukuhkan literasi digital supaya bakal haji dapat memanfaatkan sistem AI secara optimum, misalnya untuk menyemak status giliran, membuat persediaan kesihatan, dan mendapatkan panduan ibadah. 7. Kerjasama Antarabangsa Berasaskan AI Kerjasama antara Tabung Haji dan pihak berkuasa haji antarabangsa perlu diperkukuh melalui perkongsian data berasaskan AI bagi menyelaraskan strategi pengurusan kuota dengan negara lain, selain mematuhi ketetapan kerajaan Arab Saudi. Usaha ini mencerminkan prinsip syura dalam Islam.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=