E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 126 Maslahah ini ada berdasarkan kepada firman Allah SWT: وما جعل عليكم في الدين من حرج “Dan Dia tidak menjadikan bagi kamu dalam agama ini sesuatu kesempitan.” (al- Ḥajj 22:78) Ayat ini menegaskan bahawa prinsip maslahah menjadi dasar untuk memudahkan urusan ibadah tanpa mengabaikan syariat. 2 Maqāṣid al - Sharī‘ah ( مقاصد الشريعة ) Maqasid al- sharī‘ah ialah objektif pensyariatan yang bertujuan menjaga agama (ḥifẓ al - dīn), nyawa (ḥifẓ al - nafs), akal (ḥifẓ al - ‘aql), keturunan (ḥifẓ al - nasl), dan harta (ḥifẓ al - māl) (al - Shāṭibī, 1997). Dalam konteks haji, maqasid dapat dilihat dalam pelbagai aspek: 1) Ḥifẓ al - dīn – syarat istita‘ah memastikan ibadah haji hanya diwajibkan kepada yang mampu. 2) Ḥifẓ al -nafs – kawalan keselamatan di Arafah, Muzdalifah, dan Mina untuk mengelakkan rempuhan maut. 3) Ḥifẓ al - ‘aql – kursus bimbingan haji di negara asal agar jemaah memahami manasik dengan benar. 5) Ḥifẓ al - māl – peranan Tabung Haji dalam mengurus kewangan jemaah secara amanah. 6) Ḥifẓ al -nasl – kawalan etika dan kesopanan ketika ihram bagi memelihara maruah keluarga. 3 Keadilan ( العدل ) Keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa berlaku zalim (Ibn Taymiyyah, 1995). Dalam pengurusan haji, prinsip keadilan muncul dalam beberapa bentuk: 1. Pembahagian kuota secara seimbang antara negara-negara Islam, berdasarkan jumlah populasi Muslim. 2. Kesamarataan jemaah – ihram menghapuskan perbezaan status sosial; seorang raja dan rakyat biasa berpakaian sama di hadapan Allah. 3. Ketelusan kos – kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji melaksanakan subsidi kos haji untuk memastikan jemaah tidak terbeban. 4.Tadbir Urus Ulil Amri ( أولي الأمر ) Tanggungjawab ulil amri dalam pengurusan haji amat besar kerana ia melibatkan kepentingan seluruh umat Islam. Ibn Khaldūn (1967) menekankan bahawa siyasah syar‘iyyah memerlukan pemerintah menjaga kestabilan dan memelihara maslahat rakyat dengan dasar yang adil. Dalam konteks haji, peranan ulil amri dapat dilihat melalui: 4.1 Kerajaan Arab Saudi sebagai Khādim al - Ḥaramayn al - Sharīfayn yang menguruskan keselamatan, logistik, dan pembangunan infrastruktur. 4.2 Kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji yang memastikan kebajikan jemaah sebelum, semasa,dan selepas haji. 4.3 Kewajipan ketaatan umat – umat Islam perlu taat kepada arahan pemerintah selagi tidak bercanggah dengan syarak, Keempat- empat prinsip ini membentuk kerangka siyasah syar‘iyyah yang menjadi asas kepada pengurusan ibadah haji. Maslahah memastikan manfaat umum terpelihara, maqasid syariah menjaga lima keperluan asasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=