E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 125 Ibn ʿAqīl mendefinisikan siyāsah sebagai: ا يَكُونُ الناسُ أَقْرَبَ إِلَى الصلًَحِ وَأَبْعَدَ عَنِ الْفَسَادِ، السِيَاسَةُ مَا كَانَ فِعْلً وَإِنْ لَمْ يَضَعْهُ الرسُولُ ﷺ وَلاَ نَزَلَ بِهِ وَحْي “Siyāsah ialah apa sahaja tindakan yang membawa manusia lebih dekat kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada kerosakan, walaupun ia tidak ditetapkan oleh Rasulullah SAW dan tidak turun mengenainya wahyu. Ibn Taymiyyah pula menyatakan: مَا كَانَ مِنَ الأَْعْمَالِ التِي يَكُونُ الناسُ بِهَا أَقْرَبَ إِلَى الصلًَحِ وَأَبْعَدَ عَنِ الْفَسَادِ وَإِنْ لَمْ يَضَعْهُ الرسُولُ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ وَلاَ نَزَلَ بِهِ وَحْي “Segala tindakan pemerintah yang membawa manusia lebih dekat kepada kebaikan dan menjauhkan daripada kerosakan, meskipun ia tidak ditetapkan secara khusus oleh Rasulullah SAW atau melalui wahyu. Definisi ini memberi ruang yang luas kepada pemerintah untuk menggubal dasar, termasuk pengurusan haji, selagi mana ia berlandaskan prinsip maslahah dan tidak bercanggah dengan nas syarak. PRINSIP ASAS SIYASAH SYAR‘IYYAH DALAM KONTEKS HAJI Pengurusan ibadah haji merupakan antara bentuk amalan agama yang paling kompleks kerana melibatkan interaksi antara dimensi ibadah mahdhah dengan urusan sosio-politik dan tadbir urus kenegaraan. Justeru, ia tidak dapat dipisahkan daripada kerangka siyasah syar‘iyyah yang berasaskan kepada prinsip syariat Islam dalam menjaga maslahah umat. Menurut Ibn ‘Ashur (1997), siyasah syar‘iyyah ialah mekanisme pengurusan kehidupan masyarakat Islam yang berpaksikan maqasid al- sharī‘ah, walaupun ia melibatkan ijtihad pe merintah dalam urusan semasa.Dalam konteks ibadah haji, empat prinsip utama siyasah syar‘iyyah menjadi tunjang penting, iaitu maslahah, maqasid al- sharī‘ah, keadilan, dan tadbir urus ulil amri. 1.Maslahah ( المصلحة ) Maslahah membawa maksud sesuatu yang memberi manfaat atau menolak mudarat, sama ada di dunia mahupun akhirat. Al- Ghazālī (1993) menegaskan bahawa maslahah adalah asas dalam penentuan hukum apabila tiada nas yang jelas, dengan syarat tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam ibadah haji, maslahah diaplikasikan melalui: 1. Pengurusan kuota antarabangsa – pembahagian kouta jemaah berdasarkan populasi Muslim untuk mengelakkan kesesakan. 2. Langkah kesihatan awam – seperti keperluan vaksin meningitis dan COVID-19 yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi. 3. Pembangunan infrastruktur moden – projek-projek seperti Masyair Railway , perluasan Masjidil Haram, serta kemudahan khemah berhawa dingin di Mina demi keselesaan jemaah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=