E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 124 itu, penerapan AI dalam lapangan haji bukan sekadar inovasi teknologi, tetapi menjadi tuntutan syarak bagi memastikan keselamatan jemaah sentiasa terjamin. 5. Ketelusan Melalui Integrasi Blockchain dan AI Selain aspek keselamatan, AI boleh digabungkan dengan teknologi blockchain bagi memastikan sistem pengurusan haji lebih telus dan bebas manipulasi. Setiap rekod pengagihan kuota, status permohonan, dan giliran jemaah boleh direkod secara kekal dalam ledger digital yang tidak boleh diubah ( tamper-proof ). Pemohon pula dapat menjejaki status permohonan mereka secara terus tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak ketiga. Integrasi ini meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap Tabung Haji kerana data disahkan melalui sistem pintar dan telus. Hal ini selari dengan prinsip amanah ( al- amānah ) yang ditegaskan oleh Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya” (al- Nisāʾ: 58). Maka, penggunaan AI bersama blockchain bukan sahaja menambah baik tadbir urus, tetapi juga memperkukuh keyakinan umat Islam bahawa hak mereka diuruskan dengan adil dan berintegriti. Aplikasi AI dalam pengurusan kuota haji di Malaysia membawa pelbagai kepentingan strategik daripada ketelusan, keadilan, pengurusan kos, penilaian istitaʿah, pencegahan penipuan, ramalan masa depan, keselamatan jemaah, hinggalah integrasi blockchain. Kesemuanya bukan sekadar inovasi teknologi, tetapi juga sejajar dengan prinsip maqasid syariah, iaitu menjaga agama, jiwa, harta, dan maruah umat Islam. Maka, penerapan AI dalam pengurusan haji wajar dipandang sebagai tuntutan zaman untuk memastikan ibadah suci ini terus terpelihara dengan penuh amanah dan keadilan. KONSEP SIASAH SYAR‘IYYAH MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM Dr. Yusuf al-Qaradawi menjelaskan bahawa tiada kalimah siyāsah disebut di dalam al- Qur’an, meskipun ia berasal daripada perkataan sāsa–yasūsu–siyāsatan . Apa yang penting difahami ialah wujud istilah-istilah yang digunakan dalam wacana Islam walaupun tidak secara literal disebut dalam al- Qur’an. Contohnya, kalimah ʿaqīdah dan faḍīlah . Kedua-duanya tidak disebut secara eksplisit, tetapi tetap diterima pakai dalam disiplin ilmu Islam. Walaupun begitu, al- Qur’an banyak menyebut istilah yang berkaitan dengan politik dan kepimpinan seperti al- mulk , yang merujuk kepada penghakiman manusia, perintah dan larangan, serta kepimpinan dalam urusan mereka. Istilah ini hadir dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam konteks pujian atau celaan — kerajaan adil dan zalim, kerajaan syura dan diktator. Perkataan siyāsah secara jelas digunakan dalam hadis Nabi ﷺ yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: كانت بنو اسرائيل تسوسهم الأنبياء، كلما هلك نبي خلفه نبي، وانه لا نبي بعدى وسيكون خلفاء ويكثرون.قالوا: ما تأمرنا؟ قال: أوفوا ببيعة الأول فالأول، ثم أعطوهم حقهم، فإن الله سائلهم عما استرعاهم Maksudnya: “Bani Israil dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, ia diganti oleh nabi lain. Sesungguhnya tiada nabi selepas aku, dan akan ada khalifah yang ramai. Para sahabat bertanya: ‘Apakah perintah tuan kepada kami?’ Rasulullah menjawab: Tunaikanlah bai‘ah kepada khalifah yang pertama, kemudian yang berikutnya. Berikanlah hak mereka, kerana sesungguhnya Allah akan menyoal mereka tentang kepimpinan yang mereka pikul. (Riwayat al-Bukhari ) Secara umum, siyāsah sharʿiyyah ditakrifkan sebagai pengurusan urusan umat Islam berdasarkan prinsip syarak dan maslahah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=