E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 114 Graf 1: Graf carian TikTok dengan kata kunci “wajib haji dan umrah” Bagi kata kunci “rukun haji dan umrah”, dominasi akaun perseorangan lebih ketara. Hampir kesemua akaun yang terlibat adalah milik individu (R1, R2, R3, R4, R5, R6, R7, R9, R10), kecuali R8 yang mempunyai elemen komersial. Menariknya, video paling popular dengan 58.7 ribu tontonan dihasilkan oleh akaun perseorangan (R5). Selain itu, akaun R2 dan R3 yang dimiliki oleh individu yang sama turut menunjukkan konsistensi dalam penghasilan kandungan dengan jumlah tontonan ribuan. Hal ini membuktikan bahawa perseorangan bukan sahaja mendominasi dari segi bilangan akaun, tetapi juga dari segi capaian dan pengaruh. Graf 2: Graf carian TikTok dengan kata kunci “rukun haji dan umrah” Corak dapatan ini selari dengan pandangan bahawa media sosial memberi ruang luas kepada individu untuk bersaing dengan institusi berautoriti dalam menyampaikan mesej agama (Bunt, 2018). Keupayaan perseorangan untuk menarik audiens dalam jumlah yang besar berbanding syarikat travel memperlihatkan kekuatan naratif peribadi, pendekatan santai, serta kreativiti visual yang lebih sesuai dengan budaya pengguna TikTok (Hussain et al., 2024). Walau bagaimanapun, dominasi perseorangan turut membawa
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=