E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 111 dan bimbingan haji. 3.2 Sumber Data Data kajian ini diperoleh daripada artikel jurnal akademik yang diterbitkan dalam pangkalan data Google Scholar. Sebanyak 10 kajian sahaja dipilih untuk dinilai iaitu kajian yang didapati melalui carian Google Scholar dengan kata kunci kata kunci “TikTok DAN haji” , “media sosial DAN haji” . Seterusnya, penyaringan sumber dibuat berdasarkan kriteria kesahihan, serta tahun penerbitan yang terhad kepada lima tahun terkini bagi memastikan data yang diperoleh adalah mutakhir dan boleh dipercayai. Kajian empirikal juga dilakukan di aplikasi TikTok. Carian kata kunci “rukun haji dan umrah” dan “wajib haji dan umrah” dipilih sebagai kata carian. 3.3 Kaedah Analisis Data Data dalam kajian ini dianalisis melalui dua kaedah utama. Pertama, analisis kandungan dilaksanakan dengan mengklasifikasikan dapatan literatur mengikut tema-tema utama seperti bentuk kandungan dakwah haji, tahap penerimaan masyarakat, serta potensi dan cabaran penggunaan TikTok sebagai medium dakwah. Kedua, analisis perbandingan digunakan dengan menilai kekuatan dan kelemahan TikTok sebagai media bimbingan haji. 4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pendahuluan Bab ini membentangkan dapatan dan perbincangan kajian berdasarkan objektif yang telah ditetapkan, iaitu untuk menganalisis bagaimana fenomena dakwah digital melalui TikTok mencorakkan pemahaman umat Islam terhadap ibadat haji, serta menilai sejauh mana TikTok berfungsi sebagai alternatif atau pelengkap kepada medium bimbingan haji tradisional. Perbincangan akan menggabungkan hasil sorotan kajian lepas dengan kerangka teori dakwah digital bagi menjawab persoalan kajian. 4.2 Dapatan Kajian 4.2.1 TikTok dan Pemahaman Ibadat Haji Kajian lepas menunjukkan bahawa pendekatan visual, interaktif, dan berbentuk video pendek adalah lebih mudah difahami oleh audiens berbanding teks atau ceramah konvensional. Hal ini kerana penyampaian berasaskan visual dapat membantu audiens membina gambaran mental yang lebih jelas mengenai sesuatu ibadat. Sebagai contoh, Mohd Shukor (2023) mendapati penggunaan TikTok oleh pendakwah OKU pendengaran mampu menyampaikan ilmu agama melalui bahasa isyarat, sari kata dan ekspresi visual dengan lebih berkesan. Penemuan ini membuktikan bahawa ciri-ciri teknikal TikTok seperti paparan teks ringkas, penekanan visual, dan interaksi pantas dapat mengatasi kekangan komunikasi yang dihadapi oleh golongan kurang upaya. Selain itu, kajian Sari (2020) menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif dalam pengajaran ibadat haji meningkatkan pencapaian akademik pelajar secara signifikan. Pelajar bukan sahaja dapat memahami teori ibadat, malah dapat memvisualisasikan amal an haji seperti tawaf dan sa‘i dalam bentuk simulasi digital. Begitu juga, Sugiyanti (2020) menegaskan bahawa penggunaan media audio visual mampu memperkukuh ingatan pelajar terhadap rukun-rukun haji kerana maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk gabungan audio dan visual lebih mudah diingati berbanding bacaan teks semata-mata. Dalam konteks praktikal, Rahman (2021) yang mengkaji penggunaan transmitter haji di Kabupaten Ngawi, Indonesia mendapati 75% jamaah berasa terbantu dengan teknologi tersebut. Dapatan ini menekankan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=