E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 104 Potensi Integrasi Forward Chaining dalam Penentuan Darah Haid dan Istihadhah bagi Jemaah Haji dan Umrah Integrasi sistem pakar berasaskan forward chaining dalam penentuan darah haid dan istihadhah mempunyai potensi besar untuk membantu jemaah wanita haji dan umrah membuat keputusan fiqh yang tepat, pantas dan sahih. Mekanisme ini bukan sahaja dapat mengurangkan kekeliruan dalam ibadah, malah turut meringankan tekanan emosi yang sering dialami oleh jemaah ketika berhadapan situasi mendesak di tanah suci. Dari sudut teknikal, sistem pakar berasaskan forward chaining berfungsi melalui analisis input simptom dan ciri-ciri darah yang dimasukkan secara bertahap. Proses ini menghasilkan diagnosis sama ada darah tersebut tergolong dalam kategori haid atau istihadhah, seterusnya memberikan cadangan hukum fiqh yang relevan. Kajian-kajian di atas telah membuktikan bahawa sistem ini berupaya memberikan diagnosis yang tepat dan pantas melalui antaramuka mesra pengguna, sekaligus meningkatkan kefahaman serta keyakinan wanita dalam mengurus keadaan mereka. Hal ini amat signifikan kerana jemaah wanita sering berdepan kekeliruan yang boleh memberi implikasi terhadap sah atau batalnya ibadah seperti tawaf dan solat. Justeru, sistem forward chaining menawarkan bimbingan segera dan konsisten yang amat diperlukan, khususnya dalam keadaan di mana akses kepada pakar fiqh atau PIHTAS (Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci) adalah terhad. Manfaat utama sistem ini dapat dirumuskan kepada empat aspek penting. Pertama, ia memberikan diagnosis yang lebih tepat dan konsisten berasaskan input simptom yang ditentukan oleh pengguna. Kedua, ia menyediakan bimbingan segera dengan capaian 24 jam melalui antaramuka yang mesra pengguna. Ketiga, sistem ini dapat mengurangkan kekeliruan fiqh dengan memberikan penjelasan yang jelas terhadap perbezaan antara haid dan istihadhah. Keempat, sistem ini meningkatkan keyakinan jemaah wanita terhadap pengurusan ibadah dengan memastikan status darah ditentukan secara sahih dan berlandaskan hukum Namun demikian, terdapat beberapa cabaran yang perlu dipertimbangkan sebelum sistem ini dapat diintegrasikan secara rasmi dalam konteks bimbingan ibadah haji dan umrah. Pertama, pangkalan data hukum fiqh yang digunakan perlu sentiasa dikemaskini agar keaslian serta kesahihannya terjamin. Kedua, kepelbagaian pandangan mazhab dalam isu fiqh wanita perlu ditangani dengan garis panduan yang jelas supaya sistem sejajar dengan mazhab rasmi dan amalan Tabung Haji. Ketiga, tahap literasi digital jemaah wanita adalah berbeza, justeru memerlukan latihan asas bagi memastikan penggunaan sistem digital ini dapat dioptimumkan. Secara keseluruhannya, integrasi sistem forward chaining dalam penentuan darah haid dan istihadhah berpotensi untuk menjadi instrumen sokongan penting kepada jemaah haji dan umrah wanita. Keupayaannya memberikan keputusan yang tepat, konsisten, dan sahih dapat meningkatkan keyakinan serta ketenangan jemaah dalam melaksanakan ibadah. Walau bagaimanapun, keberkesanan penuh sistem ini bergantung pada pengurusan cabaran fiqh, teknikal dan literasi digital secara bersepadu. Bagi memudahkan pembacaan, potensi integrasi Sistem Forward Chaining ke dalam e-Taib dalam di mudahkan dalm bentuk (Rajah 3.0):

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=