E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 103 tambahan untuk menentukan kategori istihadhah, sama ada mubtada’ah (wanita yang baru pertama kali haid) atau mu‘tadah (wanita yang sudah mempunyai adat haid). Sistem ini turut direka bentuk dengan antaramuka mesra pengguna, membolehkan wanita menjawab soalan simptom langkah demi langkah sebelum sistem menghasilkan keputusan hukum. Dengan pendekatan ini, forward chaining bukan sahaja berfungsi sebagai mekanisme diagnosis hukum, tetapi turut menjadi medium bimbingan praktikal yang meningkatkan kefahaman pengguna terhadap perbezaan haid dan istihadhah. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga kajian ini membuktikan bahawa algoritma forward chaining menganalisis simptom dan ciri-ciri darah secara bertahap melalui tiga proses utama: pengumpulan fakta, pemadanan dengan aturan IF – THEN, dan penghasilan kesimpulan hukum. Perbezaannya terletak pada penekanan aplikasi: Maulina et al. (2019) memberi fokus kepada platform web konsultasi, Uriawan et al. (2020) menguji keberkesanan sistem dari segi ketepatan analisis, manakala Putri et al. (2024) menekankan keselarasan den gan fiqh Syafi‘i dan pengalaman pengguna. Dapatan ini mengukuhkan bahawa forward chaining berpotensi besar sebagai inovasi teknologi fiqh wanita yang praktikal, sistematik dan sahih menurut syariat. Dari sudut teknikal, sistem pakar berasaskan forward chaining berfungsi dengan menganalisis input simptom dan ciri-ciri darah secara bertahap bagi mencapai diagnosis yang tepat. Proses ini bermula dengan input pengguna yang memasukkan maklumat tentang ciri darah seperti warna, konsistensi, tempoh serta gejala berkaitan melalui antaramuka mesra pengguna (Putri et al. 2024). Seterusnya, sistem akan memadankan data input dengan pangkalan pengetahuan yang mengandungi peraturan berbentuk IF – THEN , iaitu “jika begini – maka begini”. Kaedah ini membolehkan setiap simptom dipadankan dengan syarat tertentu sebelum menghasilkan kesimpulan awal (Dewi et al., 2023). Proses inferens berlaku secara berlapis; apabila syarat sesuatu peraturan dipenuhi, sistem mengeluarkan kesimpulan sementara dan bergerak kepada peraturan lain sehingga keputusan akhir diperoleh (Fitri et al., 2022). Akhir sekali, sistem akan mengeluarkan diagnosis berserta cadangan tindakan lanjut. Sistem turut disertakan dengan penjelasan kepada pengguna supaya mereka memahami asas keputusan yang dibuat, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap hasil analisis (Rusdiansyah et al., 2019). Pendekatan ini terbukti dapat mempercepatkan proses penentuan, memastikan ketepatan yang konsisten serta mengurangkan risiko kesilapan manual. Bagi memudahkan pembacaan, proses analisis sistem pakar Forward Chaining dapat diringkaskan seperti (Rajah 2.0): Rajah 2.0 : Proses Analisis Sistem Pakar Forward Chaining

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=