E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 105 PENUTUP Integrasi sistem forward chaining dalam penentuan darah haid dan istihadhah bukan sahaja berfungsi sebagai instrumen sokongan praktikal kepada jemaah wanita, bahkan turut memperkukuh dimensi kesahihan hukum serta konsistensi keputusan fiqh yang dicapai. Keupayaan sistem ini memberikan jawapan yang tepat, sahih dan seragam dapat mengurangkan kekeliruan, sekali gus meningkatkan ketenangan rohani serta keyakinan jemaah dalam menunaikan ibadah haji dan umrah. Dari sudut strategik, penerapannya berpotensi mengangkat Malaysia sebagai peneraju inovasi fiqh digital Islamik di peringkat global, sekaligus memperkukuh kedudukan Tabung Haji sebagai institusi rujukan dalam pengintegrasian syariah dan teknologi. Kajian lanjutan wajar memberi fokus kepada pembangunan sistem pakar forward chaining secara realiti dengan melibatkan kolaborasi pakar fiqh dan pakar teknologi maklumat yang berkelayakan. Seterusnya, sistem ini boleh diintegrasikan terus ke dalam platform TH e-Taib sebagai sebahagian daripada ekosistem digital Tabung Haji. Peluang ini juga boleh dimanfaatkan dalam proses rebranding Tabung Haji di peringkat dasar, sekali gus menjadikan inovasi ini sebahagian daripada strategi penjenamaan semula institusi. Penghargaan: Penghargaan ditujukan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas sokongan akademik, Lembaga Tabung Haji (TH) atas komitmen dalam memperkukuh bimbingan ibadah haji dan umrah, serta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selaku pihak penganjur bersama persidangan atas ruang dan platform ilmiah yang diberikan. Sumbangan semua pihak amat bermakna dalam menjayakan penyelidikan ini. RUJUKAN 1. Adnan, M., & Ahmed, A. (2024). The role of Islamic law in the dakwah of hajj worship 2024 . Al- Risalah: Jurnal Studi Agama dan Pemikiran Islam, 15(2), 684 – 710. https://doi.org/10.34005/alrisalah.v15i2.3866 2. Ayorinde, O., Shoniregun, C., & Sahandi, R. (2025). Rule-based assessment model for LMS: Enhancing e-learning platforms with forward chaining algorithm for standardized evaluation. Journal of Engineering and Applied Sciences, 20 (2), 112 – 124. https://doi.org/10.5281/zenodo.14267231 3. Dewi, S. V., Marniati, Ali, N. H., Payana, M. D., Yusian, D. R., & Asma, H. (2023). Disease detection based on blood type using inference forward chaining method . In 1st International Postgraduate Conference on Ocean Engineering Technology and Informatics 2021 (IPCOETI 2021) , AIP Conference Proceedings, 2484(1), Article 060019 . https://doi.org/10.1063/5.0110020
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=