E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 102 – rawatan awal untuk 10 komplikasi kesihatan ibu. telefon pintar; bantu petugas kesihatan luar bandar. 9 Fiqh Wanita Maulina et al. (2019) Sistem pakar penentuan darah haid, nifas & istihadhah. Jawapan lebih konsisten; meningkatkan keyakinan ibadah wanita. Terhad di Indonesia; belum diintegrasi dengan sistem haji. 10 Uriawan et al. (2020) Sistem pakar pengesanan darah haid & istihadhah dengan antaramuka mesra pengguna. Diagnosis tepat & cepat; sahih secara digital. Skop kajian masih bersifat tempatan (Indonesia). 11 Putri et al. (2024) Sistem pakar penentuan darah haid & istihadhah dengan forward chaining . Panduan sistematik & konsisten; menyokong aplikasi fiqh wanita secara digital. Terhad kepada konteks tempatan (Indonesia); belum diintegrasi ke sistem haji. 12 Jurang Malaysia – Tiada kajian ditemui dalam fiqh darah wanita berasaskan forward chaining . – Jurang kajian ketara – hanya aplikasi perubatan/ICT/tempatan, belum ada untuk fiqh wanita. Bagaimana Sistem Pakar Forward Chaining Menganalisis Simptom dan Ciri-ciri Darah Secara Bertahap Kajian oleh Maulina et al. (2019) menekankan keperluan membangunkan sistem pakar berasaskan web untuk membantu wanita menentukan hukum darah haid, nifas dan istihadhah, termasuk kaitannya dengan kewajipan ibadah. Sistem ini menggunakan mesin inferensi forward chaining yang menelusuri fakta-fakta gejala darah seperti warna, tempoh dan sifat, kemudian dipadankan secara berlapis hingga menghasilkan kesimpulan hukum menurut mazhab Syafii. Pendekatan ini dibangunkan sebagai alternatif konsultasi maya bagi mengatasi keterbatasan akses kepada pakar fiqh. Kajian ini juga mengingatkan bahawa kesalahan dalam menghukum darah boleh memberi implikasi besar terhadap sah atau batalnya ibadah, justeru penerapan forward chaining dilihat mampu mengurangkan keraguan wanita melalui proses penalaran fakta-ke-konklusi yang konsisten. Seterusnya, kajian Uriawan et al. (2020) memperkukuh keberkesanan penggunaan algoritma forward chaining dalam analisis hukum darah wanita dengan membangunkan sebuah prototaip sistem yang menggunakan lima pemboleh ubah input, tiga puluh empat aturan (rules) serta menghasilkan tujuh kategori status darah. Fakta mengenai simptom seperti warna darah, tempoh pendarahan dan sejarah kitaran dimasukkan ke dalam sistem, lalu dipadankan dengan aturan IF – THEN (Jika begini-Begini hukumnya) secara berlapis. Apabila syarat padanan dipenuhi, kesimpulan hukum ditambah ke dalam pangkalan data dan diproses sehingga hasil akhir diperoleh. Ujian terhadap lima puluh responden menunjukkan kadar ketepatan 86%, membuktikan bahawa proses analisis bertahap ini dapat menghasilkan keputusan yang konsisten dan diyakini dalam membantu wanita membezakan haid dan istihadhah. Kajian terkini oleh Putri et al. (2024) pula lebih menekankan aspek pembangunan pangkalan pengetahuan (knowledge base) yang komprehensif berasaskan fiqh Syafii. Analisis simptom dilakukan melalui aturan IF – THEN yang lebih terperinci, contohnya darah yang keluar sekurang-kurangnya 24 jam dan tidak melebihi 15 hari 15 malam dikategorikan sebagai haid. Manakala darah yang melebihi had tersebut diproses mengikut syarat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=