OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION
19 Asabiyyah dan Wasatiyyah Titik persamaan yang melahirkan semangat asabiyyah tidaklah terhad kepada pertalian darah dan bangsa sahaja, malah semangat solidariti ini juga boleh terbentuk dalam masyarakat yang mempunyai persamaan agama, falsafah, prinsip, wilayah, negara bahkan gaya hidup. Contohnya, umat Islam seluruh dunia saling berkongsi maklumat menerusi media sosial tentang isu yang berlaku di Palestin. Kejadian ini menunjukkan bagaimana semangat solidariti sosial ini menjadi pemangkin bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat untuk mempertahankan bangsa seagama. Rentetan sejarah telah membuktikan bahawa semangat asabiyyah yang didasarkan dengan pendirian yang kukuh dapat melahirkan semangat juang, tekad yang tinggi untuk kelestarian sesebuah komuniti. Hal ini dibuktikan melalui peristiwa sejarah di era kegemilangan kerajaan Islam yang berjaya menguasai empayar Parsi dan Byzantium pada kurun pertama hijrah. Menurut Imam Ibnu Katsir, merujuk ayat Surah at-Taubah, ayat 71, perlakuan saling membantu dan mendukung ke arah kebaikan adalah nilai yang perlu wujud bagi setiap individu yang beriman disamping saling mencegah perbuatan buruk ( amar makruf nahi munkar ). Pada konteks perhubungan sosial, ayat ini menjurus kepada pembentukan semangat solidariti yang positif dimana ia mampu memperkukuh kestabilan dan keharmonian masyarakat. Imam Ibnu Katsir juga turut menukilkan sebuah hadis sahih riwayat Nu'man bin Basyir RA, menerusi Sahih Bukhari (hadis 6011), iaitu masyarakat mukmin ibarat satu tubuh, manakala ahlinya ibarat anggota tubuh yang saling mengukuhkan antara satu sama lain melalui nilai membantu dan bekerjasama. Hal ini sejajar dengan konsep asabiyyah iaitu solidariti sosial, yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Namun begitu penerapan semangat solidariti yang melampau adalah bertentangan dengan ajaran Islam iaitu solidariti buta dan radikal. Solidariti sosial yang radikal termasuklah mengutamakan sesebuah komuniti secara berlebihan dan mendiskriminasi pihak yang terkeluar dari lingkungan tersebut. Menurut Imam al-Ghazali, wasatiyyah adalah sikap pertengahan ( al-wasat ) yang merupakan satu sifat keutamaan ( fadhilah ). Ia terletak tepat di antara dua sifat melampau yang buruk, iaitu keterlaluan dan kekurangan dalam sesuatu perkara. Konsep wasatiyyah yang dianjurkan Islam bukanlah sekadar sikap bersederhana dan tidak berlebihan dalam perlakuan, bahkan turut melibatkan nilai perundingan, tolak ansur dan toleransi dalam perhubungan dan komunikasi. Wahbah Zuhaili, mendefinisikan perkataan al-'udwan dalam ayat Surah Al-Maidah, ayat 2 sebagai pencerobohan hak individu lain. Perintah ta'awun iaitu saling membantu dalam ayat dinyatakan selepas larangan kezaliman kepada musuh. Hal ini menunjukkan bahawa Islam meletakkan nilai keadilan sebagai perkara
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=