OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION

15 dan pesat. Isu ini bukan sahaja melibatkan individu dalam negara, bahkan setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Antara cabaran utama yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi sosial ialah mengenal pasti sasaran penerima maklumat dengan tepat. Tanpa kawalan, pelbagai spekulasi, skepsisiologi dan percambahan perspektif negatif berantakan sesama individu dalam sesebuah komuniti. Lebih mencabar lagi apabila krisis ini menjejaskan pemangkinan perpaduan dan keharmonian akibat pelbagai faktor seperti gejala sosial yang kurang sihat, keruntuhan moral, penyalahgunaan kuasa, penipuan serta lemahnya rasa tanggungjawab yang tidak terbendung. Pelbagai kaedah digunakan oleh masyarakat seluruh dunia bagi menjayakan matlamat pembangunan mampan Agenda PBB 2030. Pada dasarnya, perhubungan sosial manusia masih memerlukan penafsiran untuk mengenal pasti latar belakang setiap pengguna atau penerima. Situasi ini menunjukkan keperluan pembentukan sahsiah melalui penerapan nilai moral demi mengekalkan integriti sosial. Oleh itu, integriti sosial mungkin dapat menjadi salah satu jalan penyelesaian kepada isu pengawalan teknologi komunikasi. Nilai tanggungjawab sosial perlu diperkukuh melalui pendekatan kerohanian yang menekankan pembangunan rohani dan kebersamaan. Masyarakat yang mempunyai kesedaran terhadap etika komunikasi seperti hormat- menghormati, bertolak ansur dan bersopan santun dapat membentuk suasana sosial yang lebih aman serta kondusif dalam jangka masa panjang. Mungkin sahaja teknologi aplikasi integriti sosial dapat dibangunkan menerusi pengamatan terhadap ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Integriti Sosial dan Komunikasi dalam Kalangan Masyarakat Integriti sosial merujuk kepada penghayatan nilai moral dan etika dalam hubungan sesama manusia. Ia melibatkan cara individu berfikir, bertindak, dan berkomunikasi dalam kehidupan bermasyarakat. Merujuk kepada konteks zaman era digital, kualiti teknologi komunikasi menjadi kayu ukur yang mencerminkan tahap integriti sosial individu mahupun komuniti. Penerapan nilai integriti dalam penggunaan gaya bahasa di media sosial secara terbuka boleh membawa kepada kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat. Contohnya, perbuatan menghina, menyindir, serta menyuarakan kebencian secara terbuka di media sosial bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan sosial, malah ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap emosi sesetengah individu. Pertuturan tanpa nilai dan etika berpotensi melemahkan keharmonian sosial. Sebaliknya, pertuturan berteraskan empati, persefahaman, dan bertolak ansur dapat memangkin hubungan sosial yang lebih sihat dan harmoni. Penggunaan laras bahasa yang selaras dengan penerima membolehkan seseorang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=