Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17

MA JA L AH A L - H I KMAH 41 Pada 9 Mei 2026 (Sabtu), pihak Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) telah menghadiri Seminar Rumah Heejrah yang berlangsung di Dewan Serbaguna Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini berjaya menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar sekolah dan pelajar universiti yang ingin menimba ilmu serta memperbaik diri. Seminar ini diasaskan oleh Iddin Ramli, yang juga merupakan pengasas Rumah Heejrah. Program ini turut menampilkan beberapa tokoh serta pendakwah terkenal. Sepanjang program berlangsung, para peserta disajikan dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat seperti lantunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Qariah Malaysia, Farhatul Fairuzah, slot perkongsian ilmu yang disampaikan oleh beberapa pendakwah terkenal dan persembahan nasyid oleh kumpulan Inteam. Pengisian yang pelbagai tersebut menjadikan program ini bukan sahaja sarat dengan ilmu, malah turut menyentuh aspek pembangunan rohani dan motivasi diri. Penyertaan AGENT dalam seminar ini memberikan pelbagai manfaat, khususnya dalam memperkukuh kefahaman agama, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tazkiyah al-nafs, serta memperoleh inspirasi untuk terus menyebarkan ilmu dan nilai-nilai Islam kepada masyarakat. Program ini turut membuka ruang untuk menjalinkan jaringan dan berkongsi pengalaman yang dapat dimanfaatkan dalam penganjuran aktiviti dakwah dan pembangunan komuniti yang lebih berkualiti pada masa hadapan. S E M I N A R R U M A H H E E J R A H S E M I N A R R U M A H H E E J R A H S E I N A R R U A H H E E J R A H

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=