Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
MA JA L AH A L - H I KMAH 42 RUMAH NGAJI NAWI SIAH, 10 MEI – Program “Training of Trainers: Mosque Tour Guide” telah berjaya dilaksanakan sebagai satu inisiatif pendedahan awal yang bertujuan untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran asas berkaitan pengendalian lawatan masjid. Program ini menekankan peranan penting seorang mosque tour guide sebagai duta masjid dalam menyampaikan maklumat yang tepat, berfakta dan berhikmah mengenai Islam kepada masyarakat, khususnya kepada pelawat daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama. Program ini dirangka sebagai sebuah platform persediaan yang komprehensif bagi membantu peserta membina kemahiran komunikasi yang berkesan, meningkatkan tahap keyakinan diri, serta memperkukuh pengetahuan asas berkaitan fungsi institusi masjid, sejarah, adab dan peranannya dalam masyarakat Islam. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada pendekatan dan kaedah interaksi yang sesuai bagi memastikan penyampaian maklumat dilakukan secara profesional, beretika dan mesra pelawat. Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah dilaksanakan merangkumi sesi penerangan teori, latihan praktikal serta sesi interaktif yang melibatkan penglibatan aktif peserta. Melalui sesi-sesi ini, peserta diberi pendedahan kepada teknik penyampaian maklumat yang efektif, etika komunikasi antara agama, serta kaedah menjawab persoalan berkaitan Islam secara jelas, rasional dan berhikmah tanpa menimbulkan salah faham. Latihan praktikal yang dijalankan turut membantu peserta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam situasi sebenar lawatan masjid. T R A I N I N G O F T R A I N E R S T R A I N I N G O F T R A I N E R S T R A I N I N G O F T R A I N E R S Secara keseluruhannya, program “Training of Trainers ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan memberikan pendedahan dan latihan asas yang bermakna kepada para peserta. Program ini bukan sahaja berjaya menyemai minat dan meningkatkan keyakinan peserta untuk berperanan sebagai mosque tour guide, malah turut membentuk kesedaran tentang tanggungjawab besar mereka dalam mewakili imej Islam yang positif, berilmu dan berakhlak mulia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=