Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
MA JA L AH A L - H I KMAH 40 Pada 3 Mei 2026 bersamaan hari Ahad, Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) telah menganjurkan lawatan ilmiah ke Balai Cerap Port Dickson, Negeri Sembilan yang disertai oleh pelajar-pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang bidang astronomi serta hubungannya dengan ilmu Islam, khususnya dalam penentuan waktu ibadah dan pemerhatian fenomena alam. Lawatan ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah, malah berjaya memupuk minat peserta terhadap bidang sains dan falak. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkayakan ilmu serta pengalaman pelajar secara holistik. P R O G R A M L A W A T A N K E B A L A I C E R A P P R O G R A M L A W A T A N K E B A L A I C E R A P N E G E R I S E M B I L A N N E G E R I S E M B I L A N P R O G R A L A A T A N K E B A L A I C E R A P N E G E R I S E B I L A N Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang menimba ilmu pengetahuan mengenai fungsi balai cerap, penggunaan peralatan astronomi serta kaedah cerapan yang digunakan dalam kajian falak. Kami juga berpeluang menggunakan teleskop khas untuk cerapan matahari iaitu melihat nyalaan suria (solar flare). Di samping itu, program ini turut membuka ruang kepada pelajar untuk menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT melalui pemerhatian dan penerokaan ilmu berkaitan alam semesta.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=