Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
MA JA L AH A L - H I KMAH 39 L A P O R A N A G E N T P R O G R A M P E N G E N A L A N I L M U A K I D A H P R O G R A M P E N G E N A L A N I L M U A K I D A H P R O G R A P E N G E N A L A N I L U A K I D A H AKIDAH GLOBAL OUTREACH CENTRE & Program Pengenalan Ilmu Akidah telah berjaya dianjurkan oleh Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) pada hari Rabu, 18 Mac 2026 secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program yang berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi ini terbuka kepada semua peserta, khususnya pelajar Program Pengajian Akidah dan Agama. Penganjuran program ini bertujuan memperkenalkan asas-asas penting dalam disiplin ilmu akidah serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingannya dalam kehidupan seorang Muslim. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada beberapa topik utama seperti konsep dasar ilmu akidah ( al-Mabadi’ al-‘Asharah ), sejarah perkembangan ilmu akidah, serta pengenalan kepada tokoh-tokoh ilmuwan daripada kalangan Asha‘irah mutaqaddimin dan muta’akhirin . Selain itu, perbincangan turut menyentuh kitab- kitab yang menjadi rujukan utama dalam pengajian akidah yang wajar diberi perhatian oleh para penuntut ilmu. Program ini memberikan manfaat yang besar kepada para peserta dalam memahami asas dan kerangka ilmu akidah secara lebih tersusun. Melalui perkongsian ini, peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan baharu, malah turut mendapat panduan awal untuk mendalami ilmu akidah. Kesimpulannya, pengisian ini sangat bersesuaian dalam memberikan pengetahuan awal berkenaan kandungan utama ilmu Akidah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=