Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
Program Lawatan Ilmiah ke Tempat Suci Agama Selain Islam (LITES) telah dilaksanakan pada 13 Jun 2026. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada EXCO PERWADAH dan ahli AGENT telah menyertai program ini. Para peserta berkumpul di Kompleks Sukan Tuanku Najihah (KSTN) pada pukul 7.00 pagi sebelum bertolak ke destinasi lawatan pertama, iaitu Gurdwara Sahib Melaka. Setibanya di Gurdwara Sahib Melaka, para peserta mengikuti sesi taklimat yang menerangkan sejarah penubuhan gurdwara, kepercayaan asas agama Sikh serta amalan ibadah yang diamalkan. Sesi lawatan sekitar rumah ibadat turut diadakan bagi memberikan pendedahan yang lebih jelas kepada para peserta. Pada pukul 12.00 tengah hari, para peserta menuju ke Masjid Selat Melaka untuk menunaikan solat dan menikmati makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi lawatan kedua, iaitu Gereja Christ Melaka. LAWATAN I LMI AH KE TEMPAT SUC I AGAMA SELA I N I SLAM ( L I TES ) Di Gereja Christ Melaka, para peserta mengikuti sesi taklimat berkaitan sejarah gereja, kepercayaan asas agama Kristian serta fungsi ruang ibadat. Lawatan sekitar gereja turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman para peserta terhadap kepelbagaian agama dalam masyarakat. MA JA L AH A L - H I KMAH 38 Pada jam 4.00 petang, para peserta telah bertolak dari Melaka untuk pulang ke Kompleks Sukan Tuanku Najihah (KSTN), Nilai. Rombongan tiba pada jam 6.30 petang di USIM. Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengarah program sebelum para peserta bersurai. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. lanya juga berjaya meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepelbagaian agama serta memupuk sikap hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=