Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17

MA JA L AH A L - H I KMAH 31 ADAB ATAS ILMU Nurul Aribah binti Md Hashim Mahasiswa Tahun 4 Program Bahasa Arab Dengan Komunikasi Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM hashimaribah19@gmail.com َ اﻟﻌﻠﻢ َ ﻠﱠ ﻢ َ ﻌ َ ﺘ َ ﺗ ْ ﻗﺒﻞ أن ُ اﻷدب َ ﺗﻌﻠﱠ ﻢ “Pelajarilah adab sebelum mempelajari ilmu.” – Imam Malik Firman Allah s.w.t: َ ﻢ ْ ﻠ ِ ﻌ ْ ﻮا۟ ٱﻟ ُ وﺗ ُ أ َ ﻳﻦ ِ ٱﻟﱠﺬ َ و ْ ﻢ ُ ﻨﻜ ِ ﻮا۟ ﻣ ُ ﻨ َ اﻣ َ ء َ ﻳﻦ ِ ٱﻟﱠﺬ ُ ٱﻟﻠﱠ ﻪ ِ ﻊ َ ﻓ ْ ﺮ َ ۚﻳ ٍۢ ﺖ ٰ ـ َ ﺟ َ ر َ د Maksudnya: “Supaya Allah s.w.t meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat.” – [Surah al-Mujādalah: 11] Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menjanjikan ganjaran di akhirat serta kemuliaan di dunia kepada mereka yang beriman dan berilmu. Ibn Mas‘ud r.a menjelaskan bahawa Allah s.w.t memuji para ulama dalam ayat ini, iaitu Allah meninggikan darjat orang beriman yang diberi ilmu mengatasi orang beriman yang tidak mempunyai ilmu, dengan beberapa tingkatan kelebihan. Para ulama juga menyebut beberapa hakikat asas berkaitan adab dan ilmu: 1. Kekayaan yang paling besar ialah akal. 2. Kemiskinan yang paling besar ialah kejahilan. 3. Keburukan yang paling buruk ialah tertipu dengan diri sendiri. 4. Dan perbuatan yang paling mulia ialah berakhlak baik. Adab dengan Guru: Kewajipan, Bukan Pilihan Adab terhadap guru bukanlah satu pilihan, tetapi satu kewajipan. Apabila seorang penuntut ilmu hilang adab, maka runtuhlah akhlak dan hilanglah keberkatan dalam pembelajaran. Ilmu boleh dicari, namun adab yang hilang amat sukar diganti. Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak RH berkata: “Sedikit adab lebih baik daripada banyak ilmu.” – Jāmi‘Bayān al-‘Ilm, 1/147 Kata-kata ini menegaskan bahawa adab merupakan asas yang seiring dengan pencarian ilmu, bahkan menjadi sebab turunnya keberkatan dalam menuntut ilmu.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=