Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
Siapapun guru itu, meskipun hanya mengajar huruf alif, baa, taa— mereka tetap berhak dihormati. Walaupun sesi pembelajaran berlaku secara dalam talian, penuntut ilmu tidak memiliki hak untuk mengumpat guru, malas mendengar kuliah sambil berbaring, atau menunjukkan sikap tidak sopan. Hakikatnya: Ilmu yang benar akan tunduk kepada adab. Tanpa adab, seseorang mungkin berjaya dalam peperiksaan, namun gagal sebagai manusia. Orang yang tinggi adab, walaupun kurang ilmu, tetap lebih mulia daripada seseorang yang memiliki banyak ilmu tetapi kurang adab. Moga Allah s.w.t membimbing kita dengan taufik-Nya, memperindah akhlak kita, serta menjadikan kita dalam kalangan hamba- hamba-Nya yang ikhlas. Kesedaran tentang Adab dalam Dunia Hari Ini Dalam pandangan dunia moden yang serba pantas, kita melihat semakin besar keperluan untuk mengukuhkan ilmu adab dalam kalangan penuntut ilmu. Sejak di bangku sekolah rendah hingga ke universiti, para pelajar diajar untuk menjaga adab dan akhlak; namun realitinya, masih ramai yang alpa. Kini terdapat penuntut ilmu yang meninggi diri, hilang rasa hormat kepada guru, dan meninggalkan kemuliaan adab dalam pembelajaran. Sikap bermudah-mudah di hadapan guru semakin membimbangkan. Tidakkah mereka memikirkan bahawa keberkatan ilmu sangat bergantung kepada adab? Ilmu Mudah Dicari, Adab Semakin Hilang Dalam era teknologi kini, ilmu berada di hujung jari. Google, YouTube, TikTok dan pelbagai platform lain. Ramai tahu banyak perkara, tetapi tidak tahu cara membawa diri. Ada yang petah berbicara, tetapi kurang rasa hormat. Ada yang cemerlang di atas kertas, tetapi gagal menghormati guru, ibu bapa, dan orang sekeliling. MA JA L AH A L - H I KMAH 32 “Since in Islam the purpose of seeking knowledge is ultimately to become a good man” -Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=