Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17

Penulis ingin membawakan satu perspektif baharu, iaitu apa yang sedang penulis lalui sekarang iaitu di alam pekerjaan. Alam pekerjaan ini kawan-kawan sekalian, tidaklah sama bi’ahnya seperti kita di universiti dahulu kala. Dunia pekerjaan ini berbeza, semua perkara perlu kita jalani sendiri, dan yang hanya boleh membimbing diri kita pada waktu itu hanyalah diri kita sendiri. Lazimilah solat-solat sunat, inshaallah terasa berkatnya dalam kehidupan. 3)Doa : Doa itu senjata orang beriman betul? Maka angkatlah tangan, bermunajat kepada Allah SWT. Berdoalah di pagi hari sebelum melakukan rutinitas seharian, terpulang apa yang hendak didoakan, yang penting kita dapat merasakan hubungan kita dengan Allah SWT itu seperti tersambung. Yang penting berdoa, moga Allah jauhkan diri kita daripada bala bencana hari ini, menjadikan hari ini lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya, diberikan rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Yang penting berdoa pada Allah, mintalah apapun yang kita mahu selagi tidak melanggar syariat-Nya. 4)Selawat/zikir : Usahalah kita agar dapat berselawat kepada Rasulullah SAW sekurang-kurangnya 1000 sekali. Sedang dalam pekerjaan pun boleh berzikir, dalam waktu belajar boleh berzikir, dalam waktu apa jua pun, sentiasa berzikir, sehingga dapat rasakan yang hati ini tak lekang untuk berzikir, sehingga dapat rasakan yang kalau sehari tak berselawat kepada Rasulullah SAW itu umpama rasa tak cukup erti kehidupan hari ini secara amthal nya. MA JA L AH A L - H I KMAH 30 Bagaimana caranya? Dengan berfokus kepada 4 elemen utama: 1)Niat : Niat utama hanyalah kerana Allah SWT, bukan ingin mendapatkan pujian manusia, namun kalau kerana ibu ayah itu di bawah skop lain, dan ia dibenarkan. Niat kerana Allah SWT itu utama. 2)Solat: Mulakan hari dengan bangun 1/3 malam, kalau tak dapat bangun pukul 3 pagi, sekurang-kurangnya dalam 5 minit sebelum solat subuh itu, bangun mendirikan solat tahajud dua rakaat pun sudah memadai. Kemudian, sebelum ke kelas, berazamlah dirikan solat sunat dhuha pada waktunya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=