Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
Penulis berhasrat mencoret warkah yang berbeza daripada artikel-artikel sebelum ini. Jikalau sebelum ini artikel yang ditulis berteraskan akademik dan kajian, maka gaya penulisan yang ingin diterjemahkan dalam majalah kali ini adalah berbentuk nasihat dan pedoman buat rakan-rakan mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama secara khususnya, dan para pembaca sekalian secara amnya. Semoga kita semua bersama-sama hidup dalam keberkatan dan sentiasa hidup bernaung dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT. MA JA L AH A L - H I KMAH 29 BESARKAN ALLAH DI HATIMU pada akhirnya kembali ke rumah masing- masing pada waktu malam untuk berehat dan bersiap untuk mengumpul tenaga pada esok harinya pula. Bukankah ini tidak lari dari rutin harian kita? Sememangnya. Kerana itulah hakikat seorang manusia, melayari takdir kehidupan yang diatur Allah SWT untuk kita semua jalani sesuai dengan rencana yang diatur oleh-Nya. Para pembaca sekalian mungkin adalah seorang mahasiswa yang hidupnya kini hanya berfokus pada pelajaran sahaja, bangun bersiap untuk ke kelas mengambil manfaat daripada ilmu yang disyarahkan oleh mualim kita di menara gading, kemudian bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran sempena peperiksaan yang akan berlangsung pada setiap hujung semester. Muhammad Nur Haziq Bin Nor Hisham Alumni Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM haziq0053@gmail.com Maka dengan lafaz bismillah yang telah penulis suratkan di awal mukadimah, penulis berhasrat untuk tekanan rahsia memperoleh ketenangan hidup dalam aktiviti seharian. Saban waktu, setiap masa yang berganti, kita mulakan hari dengan solat subuh, kemudian bersiap-siaga melaksanakan kewajipan seharian seperti belajar dan bekerja, kemudian Itulah rutin pelajar, yang pada masa kini kalian masih lagi dalam bimbingan para pensyarah, belajar apa itu ilmu akidah, falsafah, dan pelbagai ilmu lain di alam universiti, sebelum memegang skrol ijazah semasa majlis konvokesyen nanti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=