Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17

MA JA L AH A L - H I KMAH 22 SUMBANGAN SAYYID MUHAMMAD ʿ ALAWIYY AL-MALIKIYY DALAM BIDANG AKIDAH Pada zaman kontemporari ini, terdapat seorang ulama yang masyhur di bumi Hijaz dan dunia Islam amnya yang teguh mempertahankan akidah dan amalan kaum Muslimin daripada syubhah dan penyelewengan. Beliau ialah Sayyid Mu ḥ ammad ibn ʿ Alawiyy al-Mālikiyy al- Ḥ asaniyy r.h. (1946–2004M). Beliau merupakan seorang ulama berketurunan Ahli al-Bayt Rasulullah s.a.w. melalui jalur Sayyidina al- Ḥ asan r.a. serta seorang muhaddith yang menguasai pelbagai bidang keilmuan Islam. Beliau memperoleh PhD daripada Universiti al-Azhar pada usia 25 tahun dan menghasilkan pelbagai karya, antaranya Mafāhim Yajib an Tu ṣ a ḥḥ a ḥ , Huwa Allah, Qul Hadhihi Sabīlī dan Jalā’ al-Afhām Shar ḥ ʿ Aqīdat al- ʿ Awām. MOHAMMAD ALIF NAZWAN BIN BAHARUM Mahasiswa Tahun 4, Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan (FKP), USIM alifnazwanbaharum99@gmail.com Salah satu jasa beliau dalam mempertahankan akidah Islam ialah memperbetulkan kesalahfahaman golongan tertentu dalam memahami konsep tauhid. Beliau menolak konsep Tauhid Tiga yang memisahkan antara Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Menurut beliau, kedua-dua aspek tauhid tersebut saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan kerana sesiapa yang mengakui Rububiyyah Allah s.w.t. sudah pasti turut mengakui Uluhiyyah-Nya. Pandangan ini disokong oleh dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=