Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17

MA JA L AH A L - H I KMAH 21 Sehubungan itu, tuduhan bahawa tasawuf berasal daripada kerahiban Buddha, kepaderian Kristian atau falsafah asing merupakan pandangan yang menyeleweng dan tidak berasaskan kajian sejarah yang teliti. Persamaan zahir antara tasawuf dengan tradisi kerohanian dalam pelbagai agama selain Islam tidak membuktikan kesamaan sumber atau kecelaruan ajaran tasawuf. Mengabaikan akar tasawuf dalam wahyu serta amalan salafus soleh, lalu menisbahkannya kepada pengaruh luar adalah suatu kekeliruan metodologi ilmiah yang serius dan berupaya mencemarkan imej Islam. Kesimpulan Tuntasnya, tasawuf ialah dimensi penghayatan rohani Islam yang autentik dan menekankan penerapan praktikal maqam ihsan dalam kehidupan. Tasawuf bukanlah unsur asing, bukan juga penyimpangan daripada ajaran Islam, tetapi roh yang menghidupkan syariat dan menyempurnakan iman. Golongan salaf umat Islam turut bertasawuf, meskipun tidak memakai label tasawuf yang hanya muncul selepas zaman tabi’in. Terdapat Muslim dan bukan Muslim yang salah faham dan jahil dalam hal ini sehingga menafikan kedudukan tasawuf dalam ilmu-ilmu Islam yang sebenar. Menolak tasawuf secara mutlak bererti mereduksi agama kepada kerangka zahir atau bentuk-bentuk yang lain. Hakikatnya, Islam menuntut keseimbangan antara akidah, syariah dan akhlak sebagai satu kesatuan yang kukuh.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=