Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17

MA JA L AH A L - H I KMAH 23 Tuntasnya, Sayyid Mu ḥ ammad ʿ Alawiyy al- Mālikiyy telah berjaya mengukuhkan dan mempertahankan manhaj akidah ASWJ ( al- Asha ʿ irah wa al-Maturidiyyah ), selain meleraikan pelbagai polemik yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan penuh hikmah dan wasatiyyah . Ketokohan, keilmuan dan akhlak beliau wajar dijadikan contoh oleh umat Islam, khususnya para penuntut ilmu agama, dalam mendepani cabaran akidah dan amaliah pada masa kini. Wallahu a ʿ lam. Adapun berkenaan isu memuliakan Rasulullah S.A.W. beliau menjelaskan bahawa memuji Baginda melalui qasidah dan syair serta menziarahi maqam Baginda bukanlah suatu perkara yang dilarang. Menurut beliau, amalan tersebut dibenarkan oleh syariat selagi tidak mengandungi unsur ghuluww (berlebih-lebihan) sehingga mengangkat Rasulullah S.A.W. ke darjat ketuhanan. Pendekatan beliau ini menunjukkan keseimbangan dalam memahami konsep kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Di samping itu, isu pengamalan tawassul turut dibahaskan secara ilmiah oleh al- Mālikiyy. Beliau menegaskan bahawa bertawassul sama ada dengan nama Allah S.W.T, amalan soleh, para nabi, wali atau orang soleh adalah dibolehkan selagi meyakini bahawa hanya Allah S.W.T yang memberi manfaat dan mudarat. Tambahan pula, amalan ini mempunyai sandaran daripada al-Quran, hadis serta amalan para Salaf, sekali gus menunjukkan bahawa tawassul merupakan amalan yang diharuskan dalam Islam. Dalam isu pemahaman ayat mutasyabihat, beliau turut mempertahankan manhaj akidah sebenar Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah (ASWJ). Beliau menerima kedua- dua pendekatan yang digunakan oleh ulama Salaf dan Khalaf, iaitu tafwid dan takwil. Di samping itu, beliau juga menolak fahaman Musyabbihah yang boleh membawa kepada penyerupaan Allah S.W.T dengan makhluk. Pendekatan seperti ini penting bagi memastikan kesucian akidah Islam terus terpelihara daripada unsur-unsur yang boleh menimbulkan kekeliruan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=