e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022

OGOS 2022 4 | pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM 2021 S esebuah universiti yang gah berdiri sudah pastinya mempunyai ‘tulang belakang’ yang menggerakkannya. Bagi menghargai jasa staf yang telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2021 (AKI 2021) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor. Seramai 137 staf dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta 25 staf kategori Anugerah Khas yang disampaikan oleh YB Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Naib Canselor, Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani. Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, kecemerlangan sesebuah universiti itu bukan sahaja bergantung kepada kecanggihan infrastruktur mahu pun kuantiti pelajarnya, tetapi kecemerlangan sesebuah universiti bergantung kepada budaya kerja yang ditunjukkan. Jelasnya lagi, budaya kerja kelas pertama merupakan faktor utama kecemerlangan universiti lebih- lebih lagi sebagai sebuah universiti Islam yang berhasrat menuju ke Kampus Barakah yang seharusnya menjadi contoh kepada universiti lain. Penghayatan warga serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga USIM juga amat penting bagi menggerakkan agenda USIM. 162 Staf di rai “Bagi merealisasikan agenda “USIM Cemerlang, USIM Disayang”, saya menyeru agar warga USIM terus komited dan memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya kerana apa yang USIM gerakkan kini merupakan agenda memperkasakan ummah dari sudut penguasaan dan penerokaan ilmu serta pembentukan akhlak yang mulia”. Prof Ts. Dr SharifudinMd Shaarani Naib Canselor bit.ly/3rtWCk2 Jom Tonton SalamUSIM-Anugerah Kecemerlangandan Inovasi2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=