e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022

OGOS 2022 3 | Antara pengisian bulan kemerdekaan ini ialah Pertandingan Fotografi Merdeka, Ekspresi Merdeka USIM 2022, Khutbah Jumaat Edisi Bulan Kebangsaan, Bicara Eksklusif Bulan Kebangsaan, Festival Koir Kemerdekaan Piala Pendaftar USIM, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Bulan Kebangsaan serta Tayangan Perdana Sempena Bulan Kebangsaan 2022. Prof. Ts. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor dalam ucapannya berkata, wajarlah sebagai warganegara yang taat dan setia kepada tanah tumpah darahnya ini, kita menzahirkan kesyukuran yang besar atas nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi dan diwarisi. Janganlah sesekali kita lupa akan pengorbanan dan kepayahan, penderitaan dan keperitan generasi terdahulu yang berjuang bermati-matian sehingga kita mampu menikmati kemanisan kemerdekaan ini. Bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, pelbagai acara telah dirancang yang melibatkan kerjasama daripada beberapa buah Pusat Tanggungjawab (PTj) iaitu Pusat Tamhidi, Jabatan Keselamatan, Pusat Islam, Pusat Kebudayaan, Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm), Jabatan Pendaftar dan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). https://bit.ly/3EfTHTN Jom Tonton UcapanNaibCanselor SempenaBulan KebangsaanUSIM2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=