e-Risalah USIM - Edisi Mei 2022

Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan Penasihat Projek Projek ini juga telah dipertandingkan dalam beberapa siri pertandingan anjuran di peringkat universiti dan kebangsaan serta memenangi pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi STEMDigital Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang dan Tempat Ketiga di Best Project Awards di bawah Project for Happiness anjuran Khind Starfish Foundation. F akulti Sains dan Teknologi (FST) USIM mengambil langkah proaktif menjalankan projek Green Lantern di bawah program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang diperkenalkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu merupakan inisiatif KPT yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang mana pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah. Projek Green Lantern ini adalah projek penghasilan kit sabun pencuci pinggan dengan menggunakan minyak masak terpakai. Projek ini telah dijalankan oleh pelajar tahun tiga jurusan Teknologi Kimia Industri (TKI) yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom bersama para pelajar sekolah menengah di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor. Pada fasa pertama, seramai 500 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok telah menjayakan program ini. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah dan pelajar, program fasa kedua telah diteruskan dengan penyertaan seramai 367 orang pelajar dari empat buah sekolah iaitu Kolej Genius Insan USIM (KGI), Sekolah Menengah Agama Nilai, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Projek ini turut mendapat dana peruntukan daripada Khind Starfish Foundation sebanyak RM2,265.00 dalam usaha untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan pelajar universiti untuk membangunkan projek bersama komuniti. “Minyak masak digunakan secara meluas oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya oleh pengusaha restoran, pengeluar makanan dan seluruh isi rumah. Walau bagaimanapun, minyak masak terpakai banyak dibuang ke dalam longkang dan saluran pembetung sehingga menyebabkan pencemaran dan longkang tersumbat. Walaupun terdapat organisasi yang menawarkan perkhidmatan untuk mengutip sisa minyak masak terpakai, kebanyakan isi rumah ini tidak mempunyai pengetahuan bahawa minyak masak terpakai boleh dikitar semula. Justeru, dengan penganjuran projek seperti ini dapat memberi pengetahuan untuk menggunapakai semula dan menghasilkan produk yang memberi manfaat kepada alam sekitarnya” Menurut Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan, Pensyarah FST USIM selaku penasihat projek ini berkata, pandemik Covid-19 telah memberi impak terutamanya kepada para pelajar aliran sains yang tidak dapat melakukan eksperimen secara bersemuka di makmal. Penghasilan kit sabun melalui projek ini mampu mengurangkan tekanan mereka kerana ia boleh dilakukan di rumah, di samping memberi ilmu pengetahuan, praktikal secara amali dan pengalaman yang bermanfaat untuk mereka. Research & Innovation USIM Hasilkan Kit Sabun, Jadi Alternatif Kepada Sesi Makmal Secara Bersemuka di Sekolah MEI 2022 12 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=