e-Risalah USIM - Edisi Mei 2022

MEI 2022 11 | Penggunaan ayat mengajak dan perintah Dalam al-Quran banyak ayat yang menyeru dan mengajak manusia untuk melaksanakan tuntutan Allah. Sesuai dengan situasi di Malaysia, kata-kata seperti “ayuhlah saudaraku se-Islam”, “bangkitlah wahai Bani Adam”, “kembalilah kita mendokong tuntutan..” lebih segar didengar berbanding dengan ayat biasa seperti “Wahai umat Islam, kita hendaklah..” atau “Kita disarankan untuk..” Kata-kata ini mungkin menyegarkan minda jemaah yang rata- ratanya agak keletihan dan mengantuk pada waktu tengahari apatah lagi sedang beriktifat dalam ruang masjid berhawa dingin. Ayat ancaman dan peringatan Sebagaimana peringatan-peringatan dalam al- Quran, penulisan teks khutbah tidak dapat lari daripada memetik ayat-ayat tersebut untuk dibaca oleh khatib. Namun pengunaan ayat ancaman dan peringatan wajar dibaca dengan intonasi yang agak tinggi atau keras ditambah dengan pengolahan ayat menarik. Contohnya “Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 275: “… dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Sidang Jumaat sekelian, adakah kita masih berani menghalalkan riba’ dalam masyarakat dan langsung tidak takut Allah membakar wajah, merobek tubuh badan dengan api neraka? Atau “Allah bukan sekadar mengancam sebagai ahli neraka bahkan kita perlu ingat bahawa api neraka itu tidak akan padam selama-lamanya jika telah menyambar tubuh si pemakan riba”. Sebaiknya penggunaan ayat ancaman begini disertakan dengan dalil dari al- Quran atau hadis yang menyatakan hukuman bagi mereka yang melanggar perintah Allah. Penggunaan ayat menyentuh perasaan Adalah elok sekali-sekala penggunaan ayat yang menyentuh perasaan jemaah sebagaimana Allah turut menyeru kita dengan cara demikian supaya manusia benar-benar terpanggil dengan seruan begitu. Contohnya Firman Allah dalam surah al- A’raf ayat 184 yang bermaksud “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al- Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya”. Bagi penyediaan teks khutbah boleh diaplikasikan kepada ayat begini sebagai contoh “Tidakkah kita semua berasa malu dengan Allah lantaran membiarkan keluarga tanpa pendidikan sedangkan Allahlah Yang menghantar kita ke dunia ini sebagai pemegang amanah?” atau “Patutkah kita membuang sampah sarap sesuka hati dan bagaimana pula perasaan kita apabila orang meletakkan sampah di pintu rumah kita?”. Penulis teks khutbah boleh menggunakan kreativiti masing- masing agar ayat-ayat yang menyentuh perasaan benar-benar terkesan dalam hati jemaah. Ayat pertanyaan dan jawapan Dalam penggunaan teks khutbah disarankan ayat pertanyaan ini diselang-seli dengan ayat-ayat yang lain kerana ia akan mengupas perbahasan. Dalam erti kata lain, ayat pertanyaan ini perlu disertakan jawapan agar jemaah tidak terlalu berat memikirkan solusi yang sebaiknya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam. Sebagai contoh dalam surah Ghafir ayat 15 hingga 17 Allah memberi pertanyaan dan Allah juga memberi jawapan. Oleh itu dalam penyediaan teks khutbah konsep ini boleh dijadikan contoh seperti “Tidakkah kita semua pernah terfikir bagaimana sikap boros berbelanja itu boleh meruntuhkan maruah seseorang? Mengapa tidak, sekiranya habis wang ringgit dikeluarkan maka segala yang berkaitan dengan kewangan bulanan akan terjejas seperti tunggakan rumah, kereta, bil api dan air termasuklah nafkah kepada keluarga” atau “Bagaimana yang dikatakan seorang Muslim itu benar-benar mengimani Allah dan Rasul-Nya sekiranya hal ehwal jirannya pun tidak dipedulikan? Inilah yang paling dibimbangi berlaku dalam kalangan umat Islam. Oleh itu cubalah bertegur sapa dan bertanya khabar mereka yang tinggal bersebelah dengan rumah kita”. Penggunaan ayat sebegini sedikit sebanyak menjentik emosi jemaah yang mendengar. Demikianlah Islam menyampaikan seruan kepada seluruh manusia dalam keadaan yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Para khatib juga perlu membaca teks sekurang-kurangnya tiga kali ulangan sebelum berkhutbah untuk membiasakan sebutan perkataan apatah lagi yang melibatkan ayat- ayat al-Quran. Penyediaan teks juga digalakkan mempamirkan teks yang bermutu walaupun sekadar sepuluh minit sehingga dapat menyedarkan jemaah tentang keindahan bahasa dan penyampaian khutbah mampu memberi ilmu dan kesan mendalam setiap kali mendengar khatib menyampaikan pesanan pada hari Jumaat. Dengan saranan dan panduan ini sedikit sebanyak harapan penyediaan teks khutbah bukan lagi sekadar seperti “melepaskan batok di tangga” dan para jemaah pula tidak mengantuk seolah-olah orang yang disorongkan bantal apabila mendengar khutbah. 1 2 3 4

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=