e-Risalah USIM - Edisi Mac 2021

S eramai 30 orang usahawan ibu tunggal B40 yang tinggal di Negeri Sembilan dan Selangor berjaya menamatkan Kursus keusahawanan secara atas talian selama enam bulan bermula dari September 2020 hingga Februari 2021. Dalam Majlis Penutup Program Pemerkasaan Usahawan Ibu Tunggal Mikro B40, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB dengan kerjasama Yayasan Hasanah Malaysia), En. Mohammad Noorizzuddin bin Nooh berkata program tersebut menyediakan 15 modul dan mencatatkan seramai 85.18 peratus peserta telah berjaya meningkatkan jualan mereka sepanjang tempoh enam bulan. P usat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) meraikan calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dengan mengedarkan 500 set alat tulis. Edaran tersebut meliputi kepada SMA Persekutuan Labu, SMA Nilai, SAM Bandar Baru Salak Tinggi dan SMK Desa Cempaka (Kelas Aliran Agama). Atas keprihatinan, Pengarah PPKP Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata edaran tersebut sebagai suntikan semangat buat pelajar terus bersemangat menjawab peperiksaan dengan baik dan bersungguh-sungguh memandangkan cabaran yang dihadapi semasa pandemic Covid-19 ini tidak dapat dielakkan. PPKPedar500set alattulissebagai suntikan semangat calon peperiksaan SPM,STAM danSTPM UTHSBlaksana programpemerkasaan usahawanibu tunggalB40secara atastalian Mac 2021 4 | Momen@USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=