e-Risalah USIM - Edisi Mac 2021

U SIM dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhimpun secara dalam talian dalam menjayakan Majlis Pelancaran Buku Kepemimpinan Komuniti terbitan USIM. Sebanyak 10 artikel dihimpunkan membincangkan  isu dan cabaran yang meliputi pelbagai aspek dalam kepimpinan komuniti merangkumi sejarah kepimpinan sebagai teladan dengan ciri-ciri kepemimpinan keperibadian teragung dan membentuk perhubungan serta mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat. Ia mempunyai elemen dakwah dan pertahanan untuk kegunaan komuniti setempat, selain mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua belah pihak. Buku ini boleh didapati di bahagian penerbit USIM atau layari laman web penerbit usim press iaitu  http://penerbit.usim . edu.my/pemasaran/ Buku Kepemimpinan Komuniti usahasama USIMdanUPNM Usaha Memelihara Khazanah Sastera Negeri Sembilan Pelancaran Buku Teromba Y ang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro-Canselor USIM yang juga penaung penerbitan buku berkenan melancarkan buku setebal 680 muka surat yang menerangkan tentang konsep, falsafah dan himpunan 13 tema teromba, mempunyai kaitan rapat dengan ajaran Islam yang ditulis oleh Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup (Teromba Penglipur Lara), Prof. Madya Dato’ Paduka Mohd Rosli bin Saludin. Baginda amat berbesar hati dengan usaha dijayakan oleh Pusat Kebudayaan USIM dengan Kerjasama Penerbit USIM yang mengambil peranan menerbitkan manuskrip teromba yang merupakan khazanah bangsa yang tinggi untuk rujukan masyarakat serta generasi akan datang. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed menambah usaha tersebut selari dengan peranan yang harus dimainkan Pusat kebudayaan USIM yang telah dilantik sebagai Ketua Kluster Muzik Identiti Negeri Sembilan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan. Pelancaran berlangsung meriah dengan kehadiran pengurusan tertinggi universiti, Sasterawan Negara yang juga Profesor Adjung Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Karyawan Seni USIM Syed Indera Syed Omar, serta beberapa tetamu undangan secara maya melalui aplikasi Zoom iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Haji Awang Sariyan; Sakri Abdullah, Pengarah Urusan ITBM, Pengarah Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Mohd Khair Ngadiron. MAC 2021 3 | https://bit.ly/3wgT05l Jom Tonton SalamUSIM- PelancaranBukuAdab DalamTeromba >>>

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=