e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022

JULAI 2022 3 | dilantik Naib Canselor Baharu Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) Seorang cendekiawan yang berpengalaman luas dalam pentadbiran dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di USIM, kepakaran beliau amat dihargai dan untuk itu beliau telah dilantik bagi memegang pelbagai peranan penting dalam bidang pentadbiran dan akademik, Antaranya, sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub (November 2021 hingga Oktober 2024), Tenaga Pengajar Halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula Januari 2022 sehingga Disember 2023, Auditor Halal MUIS (Januari 2021-Disember 2023), Ahli Panel Penilai Kualiti Akademik Universiti Malaysia Sabah (2019-2021), Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (2017-2020) serta Panel Penilai Konsortium Institut Halal Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia (2018- 2019). Beliau juga merupakan Exclusive trainer untuk program latihan Halal Industry Development Corporation (HDC) di samping memegang keahlian profesional seperti Ahli Profesional Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT), Teknologis Profesional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Ahli Malaysian Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan pelbagai afiliasi lain. USIM meraikan pelantikan beliau oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi kerana dengan kepakaran serta pengalaman yang dimiliki diharapkan dapat memacu Universiti terus terkehadapan sebagai sebuah entiti dan Universiti Awam yang menerajui pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli sebagai tunjang kebitaraannya. https://bit.ly/3PNMH2q Jom Tonton SesiRakamMasukNaib Canselorke-6USIM JUN

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=