e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022

JULAI 2022 2 | Penaung: Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor KetuaEditor: Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani U niversiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pelantikan Naib Canselor yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, 51 tahun, menggantikan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang telah tamat lantikan pada 9 Mei 2022. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dengan Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1995), Ijazah Sarjana Sains dari University of Reading (1997), beliau seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari University of Cambridge pada tahun 2007 dalam bidang Teknologi Makanan. Campus News Aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dengan menghasilkan jurnal-jurnal berimpak tinggi, beliau turut aktif dalam aktiviti konsultansi dalam bidang industri halal dan telah banyak terlibat dengan projek- projek industri halal di peringkat antarabangsa. Antara projek konsultansi beliau termasuklah Pensijilan Halal produk daging dari China untuk Syarikat DJR Sdn. Bhd., Pensijilan Halal black fungus dan black garlic UMS-Heilongjiang Academy of Sciences, China, Training for Halal Analysis, Machida, Jepun serta menjadi Ketua Auditor Halal bagi Training Halal auditors for Halal audits yang diterajui oleh Kerajaan Kuwait. Selamat menjalankan tugas.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=