e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

USIMmeraikan pelantikan kedua-dua tokoh akademik ke jawatan ini kerana dengan kepakaran serta pengalaman yang dimiliki diharapkan dapat mengekalkan kecemerlangan universiti dalampengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli. Manakala Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff , anak kelahiran Kelantan ini merupakan kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Institusi Sains Islam USIM. Prof Adnan telah berkhidmat sebagai kakitangan akademik di USIM hampir 18 tahun dan merupakan seorang penulis yang prolifik dengan penerbitan lebih 50 buku dalam bidang kepakaran beliau. Beliau juga aktif dalam bidang pentadbiran dan akademik serta pernah memegang beberapa jawatan penting kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2018- 2021), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (2014-2020), Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM (2005-2019), Ahli Jawatankuasa Penilai Dana Penyelidikan Fundamental Kementerian Pendidikan Tinggi (2018), Ahli Lembaga Penasihat Akademik Kolej Islam As Sofa (KIS) (2018-2020), Ahli Majlis Dakwah Negara (2014) dan Ahli Majlis Dekan-Dekan Pengajian Islam IPTA (2011). Dalam penyelidikan dan penulisan jurnal pula, beliau terlibat secara aktif di dalam dan luar negara. Antaranya beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Editorial Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (2019- 2020), Editor Penasihat Al- Rowaq (2015), Editor Jurnal Ulum Islamiyyah (2019-2020). Beliau juga pernah dijemput sebagai pengucaptama di beberapa persidangan dan seminar dalam dan luar negara antaranya seperti di Seminar Pendidikan Anak anak Istimewa Dalam Islam, International Virtual Seminar on Interpretation of Al-Quran In The Malay World, Seminar International Sempena Menyambut Maulidur Rasul 1438h, Seminar Pembangunan guru-guru Hafiz/Hafizah Mattary dan Guru-Guru Al-Quran Tattary Sarawak dan Wacana Isu-Isu Kontemporari Dalam Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah. FEBRUARI 2022 3 | Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff https://bit.ly/3LbpoxN Jom Tonton SalamUSIM- MajlisSimbolikRakam MasukTTNCBaharu USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=