e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

Campus News Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus USIM Terima Dua Timbalan Naib Canselor Baharu U niversiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pelantikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 16 Februari 2022 hingga 15 Februari 2025. Simbolik penyerahan kad staf oleh Dato Muhammad Haizuan Rozali Pendaftar USIM dan sesi ‘clock in’ disaksikan oleh Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah diadakan di perkarangan lobi canselori. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk melantik Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, 51, sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), dan Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, 53, sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani , anak kelahiran Johor Bahru ini merupakan lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Makanan daripada University of Cambridge sebelum ini merupakan Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi USIM. Beliau aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dengan menghasilkan jurnal- jurnal berimpak antarabangsa. Beliau juga turut aktif dalam aktiviti konsultasi lebih-lebih lagi dalam bidang industri halal dan telah banyak terlibat dengan projek-projek industri halal di peringkat antarabangsa. Antara projek konsultansi beliau termasuklah Pensijilan Halal produk daging dari China untuk Syarikat DJR Sdn. Bhd., Pensijilan Halal black fungus dan black garlic UMS- Heilongjiang Academy of Sciences, China, Training for Halal Analysis, Machida, Jepun serta Ketua Auditor Halal bagi Training Halal auditors for Halal Audits yang diterajui oleh Kerajaan Kuwait. Sebagai seorang ahli akademik yang berpengalaman luas, kepakaran beliau amat dihargai dan untuk itu beliau telah dilantik bagi memegang pelbagai peranan penting dalam bidang pentadbiran dan akademik, antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Pelan Strategik Penyelidikan USIM (2020-sekarang), Ahli Panel Penilai Kualiti Akademik Universiti Malaysia Sabah (2019-2021), Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (2017-2020), Panel Penilai Konsortium Institut Halal Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia (2018-2019), Exclusive trainer untuk program latihan Halal Industry Development Corporation (HDC) disamping memegang keahlian profesional seperti Ahli Profesional Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT), Teknologis Profesional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Ahli Malaysian Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan pelbagai afiliasi lain. FEBRUARI 2022 2 | Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=