e-Risalah USIM - Edisi Disember 2022

DISEMBER 2022 3 | D alam usaha untuk melahirkan ramai pengantara bertauliah yang akan menjadikan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) sebagai wadah utama dalam menangani konflik dalam kalangan masyarakat di Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Syariah dan Undang- undang (FSU) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bergerak aktif membangunkan modul latihan kemahiran iaitu Pensijilan Profesional Sulh-Medias yang dilancarkan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersempena Persidangan Pegawai Syariah seluruh Malaysia kali ke-18 baru-baru ini. Modul latihan yang diketuai oleh Dr. Hendun Abd Rahman Shah, Pensyarah Kanan merangkap Ketua Unit Rundingcara dan Mediasi FSU berkata, kursus ini disertai oleh pelajar tahun akhir iaitu seramai 99 orang dalam tiga sesi yang ditaja sebanyak RM3000 seorang oleh geran KPT-PACE. Kursus yang berlangsung selama lima hari dengan 40 jam pengisian modul ini melayakkan peserta mendapat sijil profesional kemahiran Sulh- Mediasi selepas lulus penilaian akhir. Sementara itu, Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar dalam ucapannya berkata, Alternative Dispute Resolution (ADR) bukanlah suatu kaedah baharu. Walaupun amalannya telah diaplikasikan secara rasmi di Mahkamah Syariah semenjak 20 tahun lalu, namun mekanisme sulh ini telah disemai menerusi pengiktirafan yang termaktub dalam al-Quran dan al-Hadith. “Begitu juga pendekatan yang luas perlu diperuntukkan agar ADR boleh menjadi penapis utama sebelum kes dibawa ke Mahkamah, bukan hanya bagi kes-kes tertentu dan terhad semata. Saya menyokong segala inisiatif bagi memantapkan sistem keadilan menerusi penggembelengan ADR ini. Usaha penambahbaikan perlu dilakukan segera seperti mewujudkan bahagian khusus ADR di JKSM, mahupun di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri”. “Begitu juga, usaha penyeragaman undang-undang, kaedah, peraturan dan amalan berkaitan ADR di seluruh mahkamah Syariah, di samping menambah nilai kemahiran pegawai-pegawai ADR melalui pelaksanaan kursus-kursus yang diakreditasi oleh badan- badan profesional tempatan dan antarabangsa yang diiktiraf,” tambah beliau lagi. Tambah beliau lagi, keadilan bukan hanya tercapai menerusi undang-undang substantif dan dari aspek prosedural sahaja, namun aspek keadilan ihsan perlu juga diberi perhatian serius. Saya percaya menerusi ADR, keadilan ihsan ini dapat diterokai dan dicapai,” tambah beliau lagi sebelum mengakhiri ucapan perasmian Persidangan tersebut. USIM-JKSMKerjasama BangunModul Latihan Sijil Profesional Sulh-Mediasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=