e-Risalah USIM - Edisi Disember 2022

DISEMBER 2022 2 | Penaung: Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor KetuaEditor: Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: Pn. Nor Fadzlina Azahari En. Ahmad Yussof Zainal Abidin Pn. Noorumaina Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus Campus News Seminar Antarabangsa Islam dan Sains Bawa Tema ‘ MEMIMPIN INTEGRASI ILMU NAQLI DANAQLI ’ B ertemakan ‘Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli’, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS) 2022, kali ke-5 bertempat di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program yang diterajui oleh Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang serta Institut Fatwa dan Halal ini telah disertai oleh seramai 164 pembentang kertas kerja daripada pelbagai bidang disiplin dalam dan luar negara. Sebanyak lapan sub tema yang dibentangkan merangkumi bidang pendidikan, sosial, sains kesihatan, teknikal dan agama seiring perkembangan isu-isu semasa. Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sahrifuddin Md Sharaani berkata, tema yang dipilih kali ini sangat bertepatan dengan perkembangan masa kini, di mana kita perlu menerima perubahan sebagai peluang baharu dan bersedia untuk mengubah cara kita beroperasi untuk bersaing dengan berkesan. “Kita juga perlu memastikan kualiti dan keberkesanan kerja menjadi tonggak utama atas apa yang dilakukan dalam tugasan yang diamanahkan”, ujarnya lagi dalam ucapan perasmian. SAIS 2022  merupakan platform bertukar- tukar idea, pemikiran dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan Islam dan Sains. Usaha ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha penyelidik dan ahli akademik untuk mengintegrasikan kedua-dua disiplin Naqli dan Aqli dalam mendepani implikasi pandemik COVID-19 dan melangkah ke Revolusi Perindustrian ke-4.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=