e-Risalah USIM - Edisi April 2021

Muhammad Ikram Zaidi , graduan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian, nekad ceburi bidang perusahaan kek batik dan sambal belimbing setelah pandemik Covid-19 menyukarkan beliau mencari pekerjaan. Sejak dari tahun pertama sehingga tamat pengajian beliau tidak mensia- siakan waktu terluang dengan melakukan pelbagai kerja sementara antaranya sebagai pembantu katering dan menjual buah mangga botol. Beliau dianugerahkan Anugerah Khas Keusahawanan Universiti atas kegigihan beliau aktif dalam bidang usahawan yang diceburinya. Nur Haziqah Zakaria , yang mengusahakan perniagaan popia rumpai laut tidak menyangka perniagaan kecilnya mendapat sambutan yang menggalakkan hingga mencecah jualan tiga ribu balang dan mempunyai lebih 15 ejen walaupun baru lima bulan beroperasi. “Pada tahun lepas saya disahkan menghidap penyakit SLE dan memerlukan rawatan setiap bulan, sejak itu saya nekad untuk bekerja sendiri dengan bantuan keluarga. Sukar sekiranya saya bekerja dengan majikan dan perlu cuti untuk mendapatkan rawatan”, ujarnya. Muhammad Khairuldin Abdul Razak , selepas tamat pengajian beliau meneruskan perniagaan keluarganya dalam bidang pembinaan, dengan berkhidmat sebagai  assistant site supervisor. “Perancangan saya selepas ini untuk mengusahakan perniagaan sendiri di samping menambah kemahiran dan pengalaman dalam bidang pembinaan”, tambah Khairuldin lagi. Graduan USIM realisasikan konsep Prosumerisme CORET #KONVO18 USIM Coret #Konvo18USIM menghimpunkan ceritamenarik graduan USIM sebagai inspirasi dan cetusan semangat yang menjadi satu elemen kejayaan yang dicapai warga USIM. Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-18 dimulakan dengan Majlis Pengisytiharan Konvokesyen pada 6 April 2021 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Pada majlis ini, DYMM Tuanku Canselor berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat dan anugerah kepada para graduan cemerlang. Para graduan pula menerima ijazah masing- masing secara berperingkat dalam Majlis Konvokesyen yang diaturkan secara janji temu mulai 7 hingga 18 April dengan jumlah kehadiran yang minimum bagi setiap sesi yang ditetapkan dengan rakaman gambar graduan menerima skrol diambil menggunakan teknik skrin hijau. APRIL 2021 3 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=