e-Risalah USIM - Edisi April 2021

Campus News Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Perubatan MajlisPengisytiharan membukatiraiMajlis KonvokesyenKe-18USIM Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus Merupakan seorang doktor perubatan yang berjiwa kental dan amat prihatin terhadap masalah-masalah global di dunia dan aktiviti kemanusiaan. Beliau merupakan Pengerusi Professional in Humanitarian Action and Protection (PHAP) juga Presiden Malaysian Medical Relief Society (MERCY). Ijazah Kehormat Sarjana Sains Aktuari Hassan Scott Odierno Merupakan seorang yang berjaya dalam bidang insurans dan takaful, berkepakaran sebagai Penganalisis Aktuari dan banyak berkhidmat dan membina nama di banyak syarikat dan bank di seluruh dunia. Beliau turut aktif dalam bidang kesukarelawanan salah satunya beliau membangunkan ”bank makanan” untuk rakyat Negeri Sembilan yang memerlukan. Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) • Wan Nur Ira Izyan Wan Izani, graduan Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan • Nur Ain Hannani Hamid, graduan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan) dari Fakulti Sains dan Teknologi Anugerah Canselor • Iskandar Zulkarnain Shamsul, graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dari Fakulti Syariah dan Undang-undang • Mohd Ilias M Shuhud, graduan Doktor Falsafah Sains dan Teknologi dari Fakulti Sains dan Teknologi Anugerah Lembaga Pengarah Universiti • Raih Salsabila, graduan Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko dari Fakulti Sains dan Teknologi Pingat Emas Naib Canselor • Ahmad Anwaar Muhammad Saifullah, graduan Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Penerima Ijazah secara Anumerta • Danial Azizul Adry, graduan Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian S eramai 2,686 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang tertangguh majlis konvokesyen mereka pada tahun lalu kerana penularan pandemik COVID-19 akhirnya diraikan dalam Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-18 bermula 6 hingga 18 April 2021. Dilaksanakan dalam 23 sesi sepanjang tempoh tersebut bertempat di Dewan Tuanku Canselor, majlis konvokesyen kali ini unik kerana dilaksanakan secara hibrid selari dengan norma baharu bersama pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19. Majlis Konvokesyen Ke-18 USIM mengangkat tema Sambutan 20 Tahun USIM iaitu ‘Berjasa, Berbudi Untuk Semua’ sebagai nilai yang ingin dikongsikan untuk dihayati oleh para graduan dalam Majlis Konvokesyen kali ini. Sehingga ke Majlis Konvokesyen Ke- 17 USIM, seramai 22,669 alumni dalam pelbagai bidang pengajian dan kepakaran telah dilahirkan dan mereka inilah yang menyambung legasi USIM untuk berjasa dan berbudi kepada ummah, agama dan negara. APRIL 2021 2 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=