Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
tetapi juga mengurus hati, menundukkan ego, dan memaafkan walau pun mampu membalas. Mencontohi Akhlak Rasulullah SAW Baginda SAW adalah contoh terbaik dalam menahan marah. Dalam banyak peristiwa, walaupun dihina, dicaci dan dizalimi, baginda memilih untuk sabar dan mendoakan kebaikan untuk musuh-musuhnya. Akhlak mulia inilah yang akhirnya menawan hati ramai untuk menerima Islam. Terdapat hadis yang menyatakan akan ganjaran bagi orang yang menahan kemarahan adalah bidadari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya, daripada Muaz bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang menahan marah padahal dia mampu untuk melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, lalu memberinya pilihan untuk memilih bidadari mana yang dia mahu.” (Riwayat Abu Daud, 4777) (Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan) Sumber dari Irsyad Al-Hadith Siri Ke-504 Bidadari Ganjaran Bagi Orang Yang Menahan Kemarahan. Ganjaran bagi orang yang sabar bukan hanya di dunia 62
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=