Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

“Sesungguhnya, marah itu memang mudah, tetapi sabar itu indah.” Begitulah pesanan penuh hikmah yang sering kali kedengaran tenang dari suara Ustaz Izzhar Nazri di corong radio Zayyan. Lembut nadanya, tapi dalammaknanya menyentuh hati pendengar dan mengajak kita perlahan-lahan merenung erti sebenar sabar dalam hidup yang penuh ujian ini. Fenomena Marah di Era Digital Hari ini, ada yang mengambil peluang menggunakan ruang maya seperti media sosial menjadi tempat ‘melepaskan geram’. Sering kali kita melihat kata-kata kesat, makian, dan tuduh-menuduh yang dilemparkan tanpa usul periksa. Isu-isu semasa seperti kenaikan kos sara hidup, konflik politik, mahupun perkara remeh seperti perbezaan pendapat tentang makanan atau budaya, boleh mencetuskan kemarahan dalam sekelip mata. Tanpa sedar, kita membiarkan marah menguasai diri sehingga mencetuskan permusuhan, fitnah, dan perpecahan. Dalam masyarakat majmuk dan berbilang kaum seperti Malaysia, budaya marah ini boleh menggugat keharmonian jika tidak dibendung. Islam Mengajar Kita Mengawal Marah Islam bukan hanya agama ibadah, tetapi juga agama akhlak. Mengawal marah adalah satu bentuk jihad diri yang amat besar. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda “Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah. (Riwayat al-Bukhari, 6114) Hadis ini jelas menunjukkan bahawa kekuatan sebenar bukanlah pada fizikal, tetapi pada kemampuan mengawal emosi. Kemarahan adalah fitrah manusia, namun membiarkannya menguasai kita akan merosakkan hati, hubungan sesama manusia, dan kesejahteraan masyarakat. Allah SWT juga mengangkat darjat orang yang bersabar dan memaafkan. “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang- orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134) Sabar bukan bererti lemah, bahkan ia tanda kekuatan jiwa dan keimanan. Mereka yang mampu menahan marah dan memilih untuk memaafkan sebenarnya sedang membina kedamaian dalam diri dan masyarakat. Mengapa Sabar Itu Indah? Sabar memberi ruang untuk kita berfikir secara rasional. Dalam keadaan marah, tanpa kita sedari, kita mudah membuat keputusan yang tidak waras, melontar kata-kata yang menyakitkan, atau melakukan tindakan yang kita sesali kemudian hari. Sebaliknya, sabar pula membuka pintu kasih sayang, keampunan, dan penyelesaian yang lebih damai. Dalam rumah tangga, sabar dapat mengelakkan perceraian. Dalam masyarakat, sabar membina silaturrahim. Dalam politik dan kepimpinan, sabar menjadikan pemimpin dihormati. Sabar itu bukan hanya menahan diri, 61

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=