Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

Sains Sebagai Wahana Memahami Alam Alam ini bagaikan kitab yang terbuka luas. Setiap helaiannya ditulis dengan hukum- hukum Ilahi. Sains menjadi alat untuk membaca huruf-huruf yang tersirat pada bintang di langit, pada zarah yang bergetar dan pada air yang mengalir di sungai. Namun, ilmu sains yang terpisah daripada nilai hanya seperti perahu tanpa nakhoda. Boleh membawa jauh, tetapi mudah karam di lautan nafsi. Seperti kata orang tua, alam terkembang jadi guru, mengajar kita bahawa keteraturan kosmos adalah tanda kebesaran-Nya, bukan kebetulan yang bungkam. Sains Sosial dan Pemahaman Masyarakat Manusia ibarat serumpun padi di sawah. Tumbuh bersama, rebah bersama. Sains sosial meneliti ikatan ini. Hubungan kekeluargaan, struktur masyarakat dan aturan politik. Namun, angka dan graf tidak mampu menggambarkan denyut hati insan. Seperti peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kajian masyarakat mestilah berakar kepada nilai. Tanpa akhlak, teori sosial akan kering, menjadikan manusia sekadar angka dalam bancian. Multidisiplin menuntut agar kitamelihat manusia bukan sahaja sebagai jasad, tetapi sebagai jiwa yang dahaga keadilan dan kasih sayang. Kemanusiaan dan pemikiran Islam sebagai penyuluh makna Kemanusiaan adalah cermin di mana insan melihat dirinya melalui sejarah, falsafah dan seni. Namun cermin itu kadangkala retak oleh relativisme, yang menolak kebenaran mutlak. Pemikiran Islam hadir sebagai tali pengikat, menghubungkan segala cabang ilmu kepada tauhid. Tanpa tauhid, ilmu menjadi perca kain yang berselerak tanpa arah. Dengan tauhid, ia tersusun indah seperti tenunan songket yang menyatukan makna, nilai, dan hakikat. Dalam puisi lama disebutti Ilmu ibarat permata, Terpancar sinar dari cahaya, Jika digilap oleh akhlak mulia, Bersinar terang sepanjang masa. Inilah penyuluh makna. Ilmu yang berpaut pada tauhid melahirkan ilmu sains yang beretika, sosialisasi yang adil serta denyut kemanusiaan yang luhur. Kesimpulan Pendekatan multidisiplin merupakan jambatan makna yang merentas batas antara pelbagai disiplin ilmu. Ia bukan sekadar menghubungkan, bidang-bidang pengetahuan, tetapi mengembalikan semuanya kepada Maha Pencipta yakni Tuhan sebagai tujuan. Tatkala sains, sains sosial, ilmu kemanusiaan dan pemikiran Islam berpadu, maka lahirlah insan beradab, bijaksana dalam akal, halus dalam budi dan teguh dalam iman. Seperti bidalan Melayu, ilmu pelita hidup, iman perisai diri. Akhirnya kita sedar, ilmu bukan untuk bermegah, tetapi untuk membawa manusia kepada kebenaran, keindahan dan kedamaian. 59

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=