Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Pengenalan Ilmu ibarat pelita di tengah malam yang gelap. Menerangi jalan insan dan mencari makna hidup. Sains, sains sosial, ilmu kemanusiaan dan pemikiran Islam ialah pelita-pelita kecil yang apabila disusun, menyalakan cahaya yang lebih gemilang. Pepatah Melayu menyebut, takkan hilang punca selagi air mengalir ke laut. Demikian juga ilmu. Walau berbeza cabang, akhirnya bermuara pada sumber yang satu. Pendekatan multidisiplin bukan sekadar menghimpun pelbagai cabang ilmu, tetapi menyusunnya secara bersepadu dalam satu tenunan epistemologi yang menghubungkan manusia dengan alam, masyarakat, dan Tuhan. Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman memperoleh Ijazah Doktor Falsafah daripada UPSI pada tahun 2016. Beliau berpengalaman sebagai Pemangku Dekan di Kolej Universiti Selantan, Ketua Jabatan di Universiti Malaysia Kelantan dan kini berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kepakaran beliau merangkumi bidang sastera moden, budaya Melayu dan penulisan kreatif. Beliau aktif dalam Persatuan Penulisan Nasional Malaysia (PENA), selain menerima beberapa anugerah profesional dan akademik. ALAM TERKEMBANG JADI GURU MENYULAM ILMU DALAM KERANGKA TAUHID Mohd Saipuddin Suliman Pensyarah Kanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia saipuddin@iium.edu.my 58
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=